Hari Ini :

Muhammad Photo Album.Ahlan ila Muhammad Fawwaz El-Afif Site

Monday, May 26, 2008

MUSLIMAH SRIKANDI UMMAH


M

MUSLIMAH SRIKANDI UMMAH

Sesungguhnya wanita merupakan kehormatan bagi ummah,jika mereka cedera maka seluruh ummah akan merasainya

(Mustafa Ramadhan)


wahai muslimah!!

Telah Sekian lama Kita menyusuri hidup tanpa pimpinan nilai-nilai islam,telah sekian lama kita berada di atas garisan yang tidak selari dengan islam,telah sekian lama kita membiarkan Al-Quran di selaputi debu tanpa di terokai.............Maka selama itulah kita menumpng kekuatan pada nilai hidup sistem yang lain yang jauh menyimpang dari fitrah manusia,namun kita terus tersenyum bodoh walaupun diperalatkan serobek-robek islam yang haq


Wahai Muslimah!!!

Mahukah kita terus menjadi buih,yang cantik berkilau namun hancur hanya dengan sentuhan halus tiupan bayu,@ mahukah kita diperalatkan seperti patung yang dihias dengan pelbagi fesyen untuk menarik minat pengunjung-pengunjungnya?Klau itulah yang di katkan muslimah maka alngkah ruginya islam,alangkah ruginya ummah yang memiliki kita dan alangkah ruginya generasi yang bakal di lahirkan nanti.


Lantaran itu letaklah kita di posisi yang sentiasa berguna sebagai seorang anak,saudara seislam'isteri.ibu,pelajar dan ahli masyarakat yang soleha.Lontarkanlah jauh-jauh dari lubuk hati kita perasan yang tidak menentu,kerana sesungguhnya kebangkitan islam bukan hanya menjadi fenomena yang di tonton dengan asyiknya tetapi mestilah di dokongi bersama.

wahai Muslimah !!

Kita Sebenarnya telah Lupa bahawa kita telah tercucir "kesungguhana" ketika berhadapan dengan keganasan dan ancaman jahiliah.Apakah kita tidak mungkin menjadi ASMA yang mendidik dan memupuk anaknya Abdullah Bin Zubair agar tidak takut pada sesipa melaikan ALLAG.@ tiadkia kah kita ingin menjadi AISYAH gedung ilmu dan suumber rujukan masyarakat islam pada masa itu,@ tidakak kita mahu Menjadi UMMU SULAIM yang tenang mengkhabarkan berita kematian puteranya kepada suami tercinta..

YA ALLAH...............


KURNIAKAN KAMI KEKUATAN ,KETENANGAN,KEMUDAHAN SEMANGAT DAN KESUNGGUHAN YANG LUAR BIASA UNTUK MENDAMBA KASIH MU,MENJADI KHALIFAH DI MUKA BUMI MU,MENDALAMI ILMU DAN RAHSIAMU,SERTA HIASILAH KAMI DENGAN QUDWAH UMMUL MUKMININ,KETABAHABN MARYAM,KESUNGGUHAN RABIATUK ADAWIYAH DAN KECERDIKAN ZUBAIDAH....DALAM MEREALISASIKAN TANGGUNGJAWAB DAKWAH MU.

..AMIN

NASIHAT IMAM SYAFIE MENCARI SAHABAT



TEMAN ketawa memang mudah dicari, tetapi teman menangis tiada siapa yang sudi.

Memang benar sukar mencari erti persahabatan sejati. Hanya mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen.

Dalam hal ini, Imam al-Syafie ada memberikan nasihat dalam soal persahabatan.

- Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.

Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.

- Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.

Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percayadiri.

- Mencari sahabat pada waktu susah.

Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka.

Jika suka melanda, aku sering bertanya: "Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?"

Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati, namun apabila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.

(kalau susah mereka menjauhkan diri, takut kita banyak minta simpati tapi kalau kita senang sikit mereka sakit hati - wahai sahabat dan keluarga sendiri)

- Pasang surut persahabatan.

Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik.

Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya roda zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan.

Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang menjengukku.

Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.

(kalau kita hidup dalam kebahagian memang begini, ada saja kata nista yang tak tahu dari mana asalnya kesilapan kita ini, kalau ada terlebih sedikit rezeki macam macam dah dicaci, tapi kalau hidup derita tak ada orang nak tanya - wahai sahabat dan keluarga sendiri )

- Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat.

Apabila tidak ketemu sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang jahat.

(sebab itu lebih baik kita menyepi diri dari bergaul dengan orang macam ini, itupun nanti kita dikata, kita ini sombong diri - wahai sahabat dan keluarga sendiri )

Entah kenapa kita susah nak kikis sikap dengki hati dar



MUSLIMAH YANG DIKASIHI



MUSLIMAH YANG DIKASIHI......

Peliharalah auratmu walau dimana kau berada. Jangan biarkan keindahan dirimu menjadi tatapan lelaki yang bukan mahrammu.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Pelihara solatmu, tundukkan pandangan matamu dihadapan lelaki yang bukan milikmu. Kelak engkaulah yang bertuah ketika menjadi tetamu Allah. Moga-moga dirimu disambut penuh kasih oleh Bidadari Syurga Ainul Mardhiah.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Berakhlaklah dari panduan Rasulmu, contohi dan ikutinya. Pasti engkau yang bahagia. Sejuk mata memandang bercahaya dunia dengan hiasan muslimah solehah sepertimu.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Jadikanlah dirimu seperti permata yang berharga dicelah kaca. Ikuti perintah agama, jauhi larangannya.Al-Quran panduan hidupmu, Hadith jadi sumber rujukanmu.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Jangan biarkan dirimu hanyut dengan arus kemodenan tanpa bekalan ilmu didada. Renungilah masa depanmu, tetapkan iman didada. Moga ia menjadi perisai buat dirimu.J angan kail panjang sejengkal lautan dalam hendak diduga.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Nilai cintamu hanya pada Allah yang satu, kasihi Tuhanmu redhalah Islam menjadi agamamu, pasti tiada kecewa buatmu. Kelak satu hari nanti ada insan yang menantimu. Berkat kasihmu pada Allah yang satu pasti itulah insan yang menjadi cintamu didunia wasilah dari Allah. Moga bertambah redha Allah padamu, melimpah kasihNya padamu kerana engkau meletak kasihmu padaNya dahulu sebelum cinta pada kekasih yang menjadi pilihan hatimu........

"