Hari Ini :

Muhammad Photo Album.Ahlan ila Muhammad Fawwaz El-Afif Site

Sunday, August 9, 2009

Allahu ma baligna ramadhan,Ramadhan yang tidak mungkin di lupakan


Lama rasanya jari-jemari tidak menaip dan mengisi kekosongan diuqailah.blogspot.kesempatan dan idea yg tiba2 hilang menjadikan diri ni bertunda-tunda untuk mencoret.HAri ini tiba-tiba teringin ingin menari kan jari-jari kerana isu-isu yang berlaku menyebabkan saya tersentak untuk berkongsi pengalaman manis dan pahit yang saya lalui,

Alhamdulilah kini usia kandungan saya memasuki fasa awal 6 bulan,fasa yang mengingatkan saya bahawa makin dekat nya masa untuk saya mencari kekuatan dan mental.Kerana selepas ini saya akanberperang untuk melahirkan seorang pejuang.Insyallah semua itu dalam perancangan Allah.Sekiranya peperangan yang akan saya lalui ini berjaya maka kemenangan untuk melahirkan pejuang,namun seandainya saya tewas maka syahid lah pengkahiran sebuah kehidupan.Itulah reality dan hikmah yang besar yang Allah kurniakan kepada ibu yang bakal melahirkan zuriatnya


Alhamdulilah dan jutaaan kesyukuran dirafakan,kerana Teman seangkatan telah selamat melahirkan seorang srikandi mujahidah harapan umah.Walaupun telah terlewat tarikh due sebanyak 2 kali,alhamdulilah di dalam perancangan Allah akhirnya lahirlah tarikh yang telah telah di tetapkan di luh mahfuz nya.15/7/2009.Tahniah buat Azlina dan suami kerana di kurniaka puteri.Tahniah juga anaknda Afifah Tohirah(gelaran siti khadijah,gelaran yang agung) kerana setelah 9 bulan di alam rahim ibu,akhirnya di kau lahir ke dunia.Ingatlah buat anaknda Afifah dunia yang bakal kau lalui ini banyak ujian mehnah dan tribulasi.hanya keimanan dan ketaqwaan kepada Allah lah sebaik-baik bekalan didunia dan akhirat.Moga diri mu menjadi anak yang soleha dan taat kepada ibu bapa amin.


Allahu ma baligna ramadhan

3 tahun saya melalui 3 suasana yang berbeza,Tahun pertama saya melalui ramadhan sebagai seorang anak,tahun kedua saya melalui ramadhan sebagai seorang isteri,tahun ketiga saya lalui bakal seorang ibu.Ketiga tahun ini memberi pengalaman yang sangat berbeza-beza.Di tahun ketiga ini mengigatkan saya perlunya persedian yang baik dari segi fizikal dan mental.Berpuasa sebagai seorang bakal ibu amat besar pahalanya dan juga risikonya.Kerana melibatkan 2 nyawa.Insyalalh jika di beri kekuatan untuk berpuas

a saya akan cuba melunaskan nya,namun seandainya sebaliknya saya terpaksa tidak melaksanakan tuntuntan syarak ini,kerana syarak juga melarangnya jika ia sesorang mukalaf itu tidak mampu.Namun saya cuba sekali sekala mempraktikan selama berada di bulan syaban,namun nyata saya tidak mampu untuk berpuasa secara berturut-turut.Moga ramadhan Kali ini saya kuat dan terpaksa akur jika saya benar-benar tidak mampu.

Kes Jenayah setiap Hari

Kelmarin suami kebetulan membuka akhbar metro,dia memberitahu saya seorang wanita di tetak tangan nya kerana cuba bergelut dengan 2 orang peragut dari merampas beg tangan nya dan beg laptop.Tangan si mangsa hampir putus dan ibu jarinya hampir 3cm dalamnya luka tersebut.Kalau dulu kita mendengar kejadian ragut di tengah jalan,kali ini kejadian ragut tersebut di depann rumah beliau.Masyallah penjenayah kini semakin berani.





Berita Sebelum ini dua orang perompak dan pembunuh telah di berkas sebelum mereka merasai hasil dari wang yang di curi.Kejadian ngeri itu berlaku apabila 2 orang perompak itu mengekori seorang wanita yang baru keluar dari bank.Bila sampai di rumah 2 perompak tersebut mencuri duit dan sempat membunuh wanita,anak nya dan seorang tukang gaji.sebelum kejadian itu si isteri telah memaklumkan pada si suami tentang 2 orang yang mencurigakan mengikut beliau,si suami terus pulang dan ketika pulang si suami melihat isterinya telah meninggal,dan kebetulan pencuri tersebut belum lagi sempat keluar dan lari dari pintu belakang.si suami mengejar si pencuri tersebut .Kebetulan jiran yang melihat kejadian tersebut menghidupkan enjin kereta dan bersama si suami mengejarnya.Akhirnya si pencuri tadi telah sempat di berkas tanpa sempat merasai kenikmatan hasil dari mencuri.Ya mereka tidak sempat merasainya,bahkan hukuman ke tali gantung perkara yang pasti.Bagaimana pulak yang terlepas,sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.Ia mungkin terlepas dengan seksaan dunia,tapi seksaan akhirat belum pasti.Teringat kata-kata ayah saya yang betugas menjaga banduan-banduan.Katanya rata-rata yang masuk semula ke dalam penjara adalah muka yang sama,kenapa ye pelik jugak..Bukan mereka mengunakan hak kebebasan untuk bertaubat.Ada yang berpandangan di dalam penjara mereka makn minum cukup,duk di dunia luar belum pasti dapat makan setiapa hari.Apatah lagi title yang mereka pegang sebagai ex-banduan menyukarkan mereka untuk mendapat peluang pekerjaan.Em dan berbagai-bagai lagi andaian yang dibuat.Namun ada juga di klangan mereka yang benar-benar bertaubat.DAn mampu mengunakan kebebasan yang ada untuk memperbaiki diri dan juga menempis semua pandangan buruk masyarakat.Namun segelintir sahaja.


Banyak lagi peristiwa jenayah yang berlaku di negara kita,negara di canangkan sebagai negara islam.Negara islam hadhari.Islam yang menitik beratkan pembangunan material,islam yang sesuai dengan zaman masa kini.Di tambah pula kini PM sedang melancarkan One Malaysia,sebagai 1 lambang masyarakat di malaysia bersatu.NAmun kenapamasih banyak sangat peristiwa jenayah yang masih berlaku??memang benar seperti mana yang tercatat di dalam Al-quraan.Negara yang baik dan mendapat keampunan Allah.Selagi mana sistem sekular ini masih di guna pakai,maka selagi itu lah manusia akan terus hidup dalam ketakutan.


Bila terkenagkan peristiwa-peristiwa jenayah hampir setiap hari,membuatkan kita bagaikan tidak aman duduk.dan sentiasa dalam ketakutan di tambah pulak dengan virus selsema babi yang semakin menular.kadang-kadang terfikir di benak saya bila lah islam boleh memerintah.Bila pemimpin yang amanah,yang beriman,bertaqwa ini akan menguasai tampok kepimpinan negara.Sehingga mampu menjadikan Negara Yang baik dan mendapat keampunan Allah.Moga Daulah islam akan tertegak juga.



RAmadhan Yang tidak mungkin di lupakan

Ketika membaca setiap jenayah yang berlaku,ketika itu otak saya ligat memutarkan peristiwa pahit yang pernah berlaku dalam hidup saya.Saya harap itulah kali kedua dan terakhir saya alami nya dalam hidup ini.Peristiwa di curi dan di rompak ketika saya berada di malaysia. Ye 2 peristiwa ini membuatkan saya fobia bila terkenangkan kembali.Namun saya bersyukur kerana Allah masih menjaga kehormatan,maruah dan nyawa saya.Ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu perasaan yang rasakan bagaikan di ambang maut.Kedua-dua peristiwa ini berlaku ketika saya bekerja menjaga kedai runcit abang ipar saya di tongkan pechah.Kedua-dua peristiwa ini amat memberi kesan yang cukup mendalam di dalam hati saya sehingga kini.Peristiwa pertama kejadian kecurian telah di tulis di dalam blog suami saya.http://afais.blogspot.com/2008/07/selamat-tinggal-sayangku.html

Kejadian kedua di rompak berlaku ketika bulan Ramadhan tahun lepas.Ketika itu saya seorang menjaga kedai. Ketika Suami mengajar di sekolah menengan Tun Aminah Batu Pahat.Suasana di kawasan kedai yang sederet dengan kedai abang ipar saya sunyi.Kerana ketika itu banyak kedai yang belum di buka kerana kawasan itu masih baru.Di tambah dengan bulan Ramadhan maka kedai makan tomyam yang berjiran dengan saya juga tutup kecuali waktu berbuka.Pada jam 12.50 tengahari suasan sangat sunyi,namun diatas tanggungjawab dan amanah saya tetap buka kedai kerana jadual kedai di buka pada pukul 9 pagi.Ketika itu saya sedang menyiapkan kerja photostate untuk pelangan,di seberang jalan kelihatan 2 orang penunggan motosikal RXZ menunjuk-nunjuk ke arah kedai saya.Ketika itu hati saya terus tidak tenang,dalam hati berkata yang mereka hendak mencuri.ketika itu terfikir hendak tutup pintu,namun masa yang di ambil menutup pintu dan mereka hampir pai memang tidak sempat.Tapi saya buang jauh-jauh perasaan itu,tapi terdetik lagi di hati saya kalau lah mereka berhenti depan kedai saya mereka memang hendak mencuri.Saya pun terkejut bila mereka benar-benar berhenti di depan kedai saya.Sekali lagi saya berbuat tenang.Masuk seorang lelaki dalam lingkungan 30 an dan kawan nya hanya menunggu di atas motor.Dia membuka peti ais dan mengeluarkan Rm 10 untuk membayar air tin yang tidak sampai Rm 2.00.Sayaketika itu tenang sedikit kerana lelaki tadi hanya seorang pelangan.


Saya pun dengan tenang membuka mesin duit,dengan tak semena-mena tiba-tiba lelaki tersebut berada di sebelah saya tangan nya menacapai duit di mesin cashier.Ketika itu hanya Allah sahaja tahu,saya tergamam dan membiarkan dia mengambilnya kerana memandangkan saya tidak selamat memandangkan tiada sesiapa di situ kecuali hanya kami bertiga.Saya hanya diam ketika lelaki tersebut mengambil duit,bagaikan terpaku,takut,dan bagikan tak percaya apa yang saya fikirkan tentang 2 orang tadi memang lah benar.Saya hanya merelakan dia mengambil duit itu.dia menenking saya dan bertanya lagi di mana duit,kerana duit ketika itu telah saya bayar hutang duit kertas photoste.Saya keluarkan duit syiling dalam Rm 100 dan beri kepada nya,kerana ketika itu saya teringat duit saya yang berada di bilik atas Rm 400 dan dia tidak perasaan duit yang saya simpan bawah mesin cashier.Demi memastikan tidak berlaku perkara yang lebih akutkan saya hanya serahkan sahaja duit syiling.Ketika puas mengambil duit dan sebekas duit syiling itu dia hanya tersenyum dan mengatakan terima kasih.Saya masih tergamam dan hanya diam bagikan masih di dunia lain.Setelah mereka beredar saya seolah-olah tersedar dari mimpi buruk tersebut.Saya rasakan bagaikan dada sesak seketika dan bagaikan tak boleh bernafas.Saya terus menelefon mak mertua abang ipar saya,yang duduk berhampiran(masa tu syiff mak mertua abang ipar jaga kedai,kerana saya akan mengajar budak2 mengaji)saya terdengar suara di corong telefon suara makcik,tak mampu nak berkata dan hanya menangis.



Namun alhamdulilah saya benar-benar bersyukur kerana Allah masih sayangkan saya dan Allah menghantar malaikatnya untuk menjaga maruah dan kehormatan saya.Memang ketika itu hanya terlintas di benak saya ambil lah apa yg kau nak ambil tapi,tolonglah jangan sentuh saya.Sekiranya saya melawan agaknya apa lah yg terjadi kepada saya.Mungkin nyawa dan segala-galanya hilang memandangkan kami bertiga sahaja di situ.Saya benar-benar takut dengan peristiwa itu.Walaupun hanya masa yang singkat,tapi ia cukup membuatkan saya sangat-sangat fobia.Hampir 3 hari saya menangis memikirkan kejadian ketika itu dan bagaikan ia masih segar lagi dalam ingatan.Ketika malam kejadian saya membuka berita seorang pekedai di bunuh ketika rompakan,Penyewa rumah di bunuh di rumah,kejadian ragut.Dan berbagai-bagai lagi peristiwa yang masih berlaku ketika itu.Ya Allah terima kasih kerana masih lagi meminjamkan nyawa kepada ku,menjaga maruah dan kehormatan sebagai seorang wanita.Kadang-kadang saya terfikir kenapa lah manusia sekarang makin berani,tidak takut kan Allah.Mereka lupa yang mereka ada SB yang sentiasa mencatit segala gerak kerja.Kehidupan ini hanya sementara.Bila-bila masa sahaja nyawa akan di ambil.Ya memang benar,hanyalah hukum Allah sahaja yang dapat menyelamatkan manusia dari segala macam kerosakan di muka bumi.Bila manusia tidak menjadikan hukum Allah sebagi manhaj kehidupan,maka tidak kira orang beriman @ tidak merasai tempias kezaliman,kejahatan dan kerosakan di muka bumi


Ya Allah lindungilah kami dari segala macam kejahatan,kerosakan,kezaliman di atas muka bumi.Hanya pada mu lah kami memohon agar di beri keselamatan pelindungan dari segala macam peristiwa buruk.Hanya engkaulah sebaik-baik pelindung,penjaga dan segala pujian hanyalah layak bagi mu.Ya Allah pimpilah kami agar kami terus berada di atas landasan agamamu,menjadikan agama mu sebagai manhaj kehidupan.Dan jangan benarkan hati kami sekali-kali redha dengan undang-undang manusia yang penuh dengan kefasadan dan kemurkaan mu.Moga kau sentiasa melindungi kami dari segala bala bencana yang tidak di ingini.Moga kau selamatkan lah kami dari fitnah dan keindahan dunia yang hanya menipu daya.YA Allah kami harapkan Ramadhan kali ini menambahkan keimanan dan ketaqwaan kepada mu.Kuat kan iman kami,semoga kami sentiasa berada di kalangan hamba-hamba yang mendaulatkan agama mu.Allahu ma baligna ramadhan.


Belajar dan terus belajar,mengejar destinasi cinta,mendamba cinta mu ya Ilahi.