Hari Ini :

Muhammad Photo Album.Ahlan ila Muhammad Fawwaz El-Afif Site

Wednesday, January 28, 2009

Couple pada pandangan Islam(Siri 1)

Couple Pada Pandangan Islam






Assalamualaikum ustaz...saya ingin bertanya kepada ustaz apakah benar couple itu HARAM????saya harap ustaz dapat memberi jawapannya..sekian wassalam
Siti Nur hamizah tingkatan 2 Smk Tun Aminah



Persoalan ni datang nya dari anak murid suami saya.oleh kerana kesibukan ,suami saya meminta saya membantu nya menjawab soalan ini.Couple sangat luas perbahasanya..Saya akan cuba mengupas secara ilmiah hasil dan hasil dari pengkajian.

Bila meningkat umur seseorang remaja lelaki @perempuan perasaan ingin bercouple semakin tinggi.Itu perasaan fitrah yang tidak boleh kita nafikan.Namun tanpa kawalan iman pada nafsu pastinya akan berlaku suatu kerosakan yang lebih besar.Fenomena bercouple pada zaman sekarang semakin rancak tidak sama dengan zaman dulu,(zaman-zaman nenek dan ibu bapa kita dulu)Kalau ikut adat melayu anak dara tak boleh hidup bebas,dan kadang-kadang tidak mengenali bakal suaminya.Bila ibu bapa dah setuju dengan risikan anak-anak perempuan kena ikut setuju,terus lah bertunang,dan bernikah dan selepas berkahwinan lah baru berkenalan dengan si suami.Realiti ini pernah berlaku di suatu zaman sebelum ini.Walaupun kaum wanita mengikut adat zaman itu,majoritinya mereka juga hidup bahagia.Walaupun sebelum itu saling tidak mengenali tanpa bercouple,tanpa berjumpa di luar,dan dating siang dan malam.Dan saya perhatikan terlalu sedikit yang berlaku penceraian..Berbeza dengan zaman Sekarang yang terlalu banyak berlaku penceraian.

Couple pada pandangan barat?

Couple itu sendiri dari perkataan Bahasa Inggeris(dua orang atau benda yg melengkapi satu sama lain.pasangan suami isteri atau dua orang (kekasih) yg akan berkahwin(satu pasang).Sebenarnya dalam islam tiada istilah Couple@berpasang-pasangan sebelum kahwin Ianya timbul di barat.Di Barat couple bukan lah suatu Yang pelik tetapi jelek bagi mereka yang tidak mempunyai pasangan.Pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan perkara yang normal.Di barat Khusunya bila mereka di peringkat menengah mereka telah mula mengenali seks bebas.Mereka membawa kondom kesekolah.Bagi yang tidak pernah mencuba seks di peringkat remaja merupakan mereka yang tidak matang dan boleh di kategorikn mereka yang jumud.Dan kita lihat rata-rata mereka di barat lebih selesa hidup sebagai kekasih daripada berkahwin.Realiti couple ini berlaku dan sedang berlaku bahkan sangat rancak berlaku di kalangan remaja islam khusunya di Malaysia.


Fenomena Couple



Dalam situasi terkini, fenomena pergaulan bebasdan pengabaian terhadap nilai-nilaimurni Islam berlaku pada tahap yang amat membimbangkan.Kebanyakan umat Islam kini tidak lagi menitik beratkan nilai-nilai dan adab-adab sopanyang dianjurkan oleh Islam melalui al-Quran dan sunnahrasul-NYA. Mereka bukan setakatmengabaikannya dan menganggap perkara itutidak penting, bahkan merekamenganggapkannyasebagai satu perkara yang menyusahkan aktivitimereka yang menurutkan nafsu dan perasaansemata-mata itu. Nauzubillah
Marilah kita sama-sama menjauhi perkara yangseumpama itu dan mejauhi hal-hal yang telah
dilarang (haram). Tegakkanlah yang benar dankatakanlah salah kepada yang batil.Janganlah berhujah untuk membenarkan perkara yangtelah terang haramnya di sisi ALLAH.

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah lading. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi ALLAH lah tempat kembali yang baik (Syurga). (Ali Imran: 14)



Wanita

Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata;
Rasulullah SAW bersabda; Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah
wanita yang solehah. (Hadis Riwayat Muslim,NasaI, Ibnu Majah, Ahmad, Baihaqi

Berkata Imam Qurthubi: ALLAH SWT memulai dengan wanita kerana kebanyakan manusia
menginginkannya, juga kerana merekamerupakan jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah
bagi kaum lelaki,

sebagaimana sabda RasulullahSAW;
Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada
wanita. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Maja

Wanita yang terbaik hanya untuk lelaki yang terbaik

ETIKA PERGAULAN DAN BATAS PERGAULAN DI ANTARA LELAKI DAN WANITA MENURUT ISLAM.

1. Menundukkan pandangan:
ALLAH memerintahkan kaum lelaki untukmenundukkan pandangannya, sebagaimana
firman-NYA; Katakanlah kepada laki-laki yangberiman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.(an-Nuur: 30)

Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepadakaum wanita beriman, ALLAH berfirman; (Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.)(an-Nuur: 31)

2. .Menutup Aurat;
ALLAH berfirman dan jangan lah mereka mennampakkan perhiasannya, kecuali yangbiasanampak daripadanya. Dan hendaklah merekamelabuhkan kain tudung ke dadanya.(an-Nuur: 31)

Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada
isteri-isterimu, anak-anak perempuanmudan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.Yang demikian itu supaya mereka lebih mudahdikenali, kerana itu mereka tidak
diganggu. DanALLAH adalah Maha Pengampun lagi MahaPenyayang. (an-Nuur: 59).

Perintah menutup aurat juga berlaku bagi
semuajenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri r.a.berkata:Rasulullah SAW bersabda: (Janganlah seseoranglelaki memandang aurat lelaki, begitujuga denganwanita jangan melihat aurat wanita.)

3.Adanya pembatas antara lelakdengan wanita;Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaumyangberbeza jenis, harus disampaikan daribalik tabirpembatas.Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila kalianmeminta sesuatu kepada mereka (para wanita)
maka mintalah dari balik hijab.(al-Ahzaab: 53)

4.Tidak berdua-duaan Di Antara LelakiDan Perempuan;Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengarRasulullah SAW bersabda: Janganlahseoranglelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanitakecuali bersamamahramnya. (Hadis RiwayatBukhari & Muslim)
Dari Jabir bin Samurah berkata;Rasulullah SAWbersabda: Janganlah salah seorang dari
kalianberdua-duan dengan seorang wanita, keranasyaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis
RiwayatAhmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

5.Tidak Melunakkan Ucapan
(Percakapan):
Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannyaketika berbicara selain kepada suaminya.

Firman
ALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi, kamu
sekaliantidaklah seperti wanita yang lain, jika kamubertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalamberbicara (berkata-kata yang menggoda)
sehinggaberkeinginan orang yang ada penyakit didalamhatinya tetapi ucapkanlah
perkataan-perkataanyang baik. (al-Ahzaab: 32)

Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalahbeberapaetika yang diperintahkan oleh ALLAHkepada para Rasulullah SAW serta kepada parawanitamukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalauberbicara dengan orang lain tanpa suara
merdu,dalam pengertian janganlah seorang wanitaberbicara dengan orang lain sebagaimana diaberbicara dengan suaminya. (Tafsir IbnuKathir3/350)

6.Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan
Jenis;Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata;Seandainyakepala seseorang ditusuk dengan jarum
besi itumasih lebih baik daripada menyentuh kaumwanitayang tidak halal baginnya
(Hadis HasanRiwayatThabrani dalam Mujam Kabir)

Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam
hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak halalbaginya. (Ash-Shohihah 1/44 Rasulullah SAWtidak pernah menyentuh wanita meskipun dalamsaat-saat penting seperti membaiat dan lain-lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH,tangan Rasulullah tidak pernah menyentuhtanganwanita sama sekali meskipun saat membaiat. (Hadis Riwayat Bukhari)

Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki
dan wanitaselain mahram, yang mana apabila seseorangmelanggar semuanya atau sbahagiannya sajaakan menjadi dosa zina baginya

sabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairahr.a. dariRasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya
ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannyadari zina, yang pasti akan mengenainya.Zina matadengan memandang, zina lisan denganberbicara,sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-angan, lalu farji yang akan membenarkan ataumendustakan semuanya. (HadisRiwayat
Bukhari,Muslim & Abu Daud)

Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatanzina dan segala sesuatu yang boleh mendekatikepada perbuatan zina. Sebagaimana Firman-
NYA; Dan janganlah kamu mendekati zina,sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan
yang keji dan jalan yang buruk.(al-Isra: 32)

Hukum Bercouple

SETELAH memerhatikan ayat dan hadistadi, makatidak diragukan lagi bahawa bercoupl itu haram,
kerana beberapa sebab berikut:
1. Orang yang bercouple tidak mungkinmenundukkan pandangannya terhadap
kekasihnya.

2.Orang yang bercouple tidak akanboleh menjaga hijab.

3.Orang yang bercouple biasanyasering berdua-duaan dengan pasangan
kekasihnya, baik di dalam rumah atau diluar rumah.

4.Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat bersama kekasihnya.

5.Bercouple identik dengan salingmenyentuh antara lelaki dan wanita,meskipun itu hanya berjabat tangan.

6.Orang yang bercouple, bolehdipastikan selalu membayangkan orang yang
dicintainya.Dalam kamus bercouple, hal-hal tersebut
adalah lumrah dilakukan, padahal satu hal sajacukup untuk mengharamkannya, lalu apatah lagikesemuanya atau yang lain-lainnya lagi?

Fatwa Ulama
Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanyatentang hubungan cinta sebelum nikah.
Jawab beliau; Jika hubungan itu sebelum nikah,baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya
adalah haram, kerana tidak bolehseseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukanmahramnya) baik melalui ucapan, memandang,atau berdua-duaan. Sebagaimana

Rasulullah SAWbersanda: Janganlah seorang lelaki bedua-duaandengan seorang wanita kecuali ada bersama-sama mahramnya, dan janganlah seseorangwanita berpergian kecuali bersama mahramnya.

Syaikh Abdullah bin abdur Rahman al-Jibrinditanya; Jika ada seseorang lelaki yang bercouple dengan seorang wanita yangbukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka
saling mencintai, apakah perbuatan ituharam?Jawab beliau; Perbuatan itu tidak diperbolehkan,kerana boleh menimbulkan syahwat di antarakeduanya, serta mendorongnya untukbertemu danberhubungan, yang mana koresponden semacamitu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan dalam hati seseorang untuk mencintaipenzinaanyang akan menjerumuskan seseorang padaperbuatan yang keji, maka dinasihati kepada setiaporang yang menginginkan kebaikan bagi dirinyauntuk menghindari surat-suratan, pembicaraanmelalui telefon, serta perbuatansemacamnya demimenjaga agama dan kehormatan dirinya.

Syaikh Jibrin juga ditanya; Apa hukumnyakalauada seorang pemuda yang belum menikah
menelefon gadis yang juga belum menikah?Jawab beliau; Tidak boleh berbicara dengan
wanita asing (bukan mahram) denganpembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat,
seperti rayuan, atau mendayukan suara (baikmelalui telefon atau lainnya).

Sebagaimana firman
ALLAH SWT; Dan janganlah kalian melembutkansuara, sehingga berkeinginan orang-orang
yangberpenyakit di dalam hatinya.(al-Ahzaab: 32).

Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuahkeperluan, maka hal itu tidak mengapaapabila
selamat daripada fitnah, akan tetapi hanya sekadar keperluan.

Syubhat Dan Jawapan Yang Sebenarnya

Keharaman bercouple lebih jelas darimatahari disiang hari. Namun begitu masih ada yangberusaha menolaknya walaupun dengandalil yang sangat rapuh, antaranya:
Tidak Boleh dikatakan semua carabercouple itu haram, kerana mungkin ada orang yangbercouplemengikut landasan Islam, tanpa melanggarsyariat

Jawabnya: Istilah bercouple berlandaskanIslam
itu Cuma ada dalam khayalan, dan tidakpernah
ada wujudnya. Anggap sajalah mereka bolehmenghindari khalwat, menyentuh serta menutupaurat. Tetapi tetap tidak akan bolehmenghindari dari saling memandang, atau saling
membayangkan kekasihnya dari masa ke semasa.Yang mana hal itu jelas haramberdasarkan dalilyang kukuh.
Biasanya sebelum memasuki alam perkahwinan,perlu untuk mengenal terlebih dahulu calon
pasangan hidupnya, fizikal, karaktor,yang manahal itu tidak akan boleh dilakukan tanpa
bercouple,kerana bagaimanapun juga kegagalan sebelummenikah akan jauh lebih ringan daripadakalauterjadi setelah menikah.
Jawabnya: Memang, mengenal fizikal dankaraktorcalon isteri mahupun suami merupakan
satu halyang diperlukan sebelum memasuki alampernikahan, agar tidak ada penyesalan dikemudianhari. Namun, tujuan ini tidak bolehdigunakan untukmenghalalkan sesuatu yang telahsediaharamnya.
Ditambah lagi, bahawa orang yang sedangjatuhcinta akan berusaha bertanyakan segala
yang baikdengan menutupi kekurangannya di hadapankekasihnya. Juga orang yang sedang jatuhcintaakan menjadi buta dan tuli terhadapperbuatankekasihnya, sehingga akan melihat semua yangdilakukannya adalah kebaikan tanpa cacat.Sebagaimana diriwayatkan dari Abu
Darda; Cintamu pada sesuatu membuatmu butadan tuli.



Sheikh Atiyyah Saqr iaitu bekas Pengerusi JAwatankuasa Fatwa Mesir di dalam kitabnya Seen wal Jeem lil mar’atil muslimah ada ditanyakan soalan seumpama ini. Beliau menjawab bhw bercinta itu tidak salah. Yg menjadi kesalahan adalah perlakuan kesan drpd bercinta itu. Ini krn cinta itu mempunai satu ‘kuasa’ yg tersendiri. Jika tidka dikawal, maka ia boleh membawa mudharat yg besar. Namun, jika ia dikawal oleh batasan syara’, maka tidak mengapa utk bercinta. Krn Allah telah menganugerahkan hambanya perasaan cinta.

Perlu diingat bahawa Islam bukan mengharamkan secara total perkara yang dinyatakan di atas. Islam tidak menghalang perbuatan tersebut, tetapi meletakkan beberapa prasyarat yang perlu dipenuhi. Sekiranya kita gagal mengikut syarat-syarat tersebut, maka status perbuatan tersebut menjadi HARAM serta menjauhkan diri pelaku daripada kasih sayang dan cinta Allah. (Rujuk kitab al-Halal wal Haram
Fil Islam, Dr. Yusuf Al-Qardhawi)

Insyallah Kita akan perbahaskan ketika mana pasangan lelaki dan Wanita di haruskan untuk berjumpa pada pandangan islam. Pada posting yang akan datang
Cinta itu Fitrah,jangan sampai ia menjadi fitnah terhadap masyarakat dan yang paling besar fitnah terhadap agama,Nauzubillah.

Monday, January 26, 2009

Suasana Tahun Baru di 2 Negara Islam.

Umat Islam Palestine Di Awal Tahun Baru




Umat Islam Di Malaysia Pada Malam Tahun Baru



Saturday, January 17, 2009

Bicara Hati,Palestine

Jam menunjukan tepat pukul 12.00 malam,tiba-tiba terdengar bunyi letupan di sana sini.Dan kedengaran seperti bunyi tembakan, sangat dekat bunyi nyi nya seolah-olah dating dari sekitar rumah kami,hati rasa tidak tenang dan jantung berdegup kencang seperti di kejar.Allahu Akbar apakah bunyi tu!!datang dari mana bunyi tu?persoalan terus bermain di benak pemikiran.Hati terus bermonolong bersendirian,jantungku masih lagi berdegup kencang.Ya Allah adakah aku juga akan di uji seperti mana saudara ku diasana.Aku terus kan persoalan yang bermain di dalam hati kepada suami ku.suami ku dengan nada bergurau mengatakan itu bunyi bom dan tembakan di Palestine.Allahu Akbar aku sekali lagi merasa tergamam.Adakah bunyi itu akan sampai kesini.

Hampir setengah jam berlalu,namun bunyi tersebut masih lagi kedengaran…ia terus menghantui ku,makin lama makin kuat,bunyi tembakan terdengar di sana sini..Ya Allah hati ku semakin cemas,secemas merasakan bila-bila masa nyawa ku akn melayang.Bunyi tembakan makin kuat.Suami ku yang tadi agak tenang juga agak panic.Bunyi apa tu ye?dia persoalkan kepada ku semula.Mata kami betentangan sama-sama takut dan cemas.berbagai andaian yang di buat supaya hati kami merasa tenang.

Ya Allah hari ni kan tahun baru masihi,itu mesti bunyi mercun.kata suami ku.Allahu Akbar,masa tu hati ku bagai kan hilang segala bebanan,lapang hati ku kembali tenang.Aku lupa yang hari ini tahun baru masihi,kerana sebelum tu kami dah membaca doa untuk tahun hijrah.Biala aku teringat kembali suasana tegang yang aku alami sebentar tadi,hanya Allah je yang tahu hati dan persaan ku,takut,cemas,bagaikan nyawa akan melayang..tapi itulah yang di fikirkan dan kemungkinan tidak sempat di fikirkan oleh oleh umat palatine ketika ini.Ya dihari seluruh manusia menyambut tahun baru.Hati ku terasa marah,marah yang amat sangat.Di saat umat islam di Palestine sedang berhadapan dengan bom dan bunyi tembakan.Umat islam di sini masih lagi meriah meraikan tahun baru.Apakah merka tidak merasa sensitive diatas malang yang menimpa umat islam palestie,saudara seaqiadah,yang nyawa mereka boleh melayang bila-bila masa.


Fikiran ku terus melayang saudara seaqidah dan senegara ku di Malaysia,harapan moga dengan ujian yang Allah turunkan keatas umat islam Palestine memberi sedikit implikasi umat islam di Malaysia.Tapi harapan ku ternyata meleset,berbagai-bagai berita yang buruk aku dengari.. pesta seks,(dikatakan artis dan seoarang pembaca berita di tangkap,seorang yang berpendidikan tp hanyut dengan dunia )kondom dan baju dalam bersepah-sepah di sana sini.di seluruh Malaysia tidak terkecuali..apakah mereka ini tidak hati dan perasaan ke.Bukan Tidak boleh menyambutnya,apakah tidak adakah tidak ada cara islam.Sepatutnya di waktu ini kita solat hajat beramai-ramai di stadium merdeka dan berdoa untuk umat islam di Palestine,kerana doa itu lah senjata mu’min yang paling ampuh. Bukan kah umat islam umpama bagunan yang tersusun,yang sentiasa memerlukan diatara satu sama lain..Allahu Akhbar…ini kah model kerajaan islam Hadhari????.





Umat islam Malaysia terus berpesta dengan bunyi mercun yang beraneka warna,pemuda-pemudi islam terus hanyut.Hatiku terdetik sekiranya Allah uji Malaysia seperti umat islam Palestine,adakah mati kita di kira Syahid.bagi ku jika di Malaysia bukan lagi di katakana ujian,tapi bala,ya bala tanda peringatan Allah ke atas hambanya.Allahu Akbar ampunilah saudara kami di Malaysia,Bantu lah kami untuk memastikan hanya islam lah cara hidup yang sempurna dan bukan barat yang menjadi ikutan..

Kenapa Hamas?

Kenapa hamas persoalan yang lahir dari kotak pemikiran ku..Hasil dari kajian maka ku dapati jawapanya..Di Palestine umat islam sanggup memilih kerajaan Hamas untuk memerintah sekalipun meraka tahu yang mereka mempertaruhkan nyawa mereka dan anak-anak jika memilih Hamas.Tapi ittu lah jihad,itulak keyakinan,itulah ketaqwaan.Kerana Mereka tahu Hanya Hamas yang benar-benar ingin memperthankan Masjidil-Aqsa,mempertahankan maruah umat islam Palestine yang telah di robek.Mereka sesekali tidak redha dengan kepimpinan munafik dan sekularisma.pernah saya membaca artikel,sebenarnya kasut sepatutnya di lemparkan kepada kepimpinan arab dahulu kerana mereka bagaikan duri dalam daging,membunuh sanggup membunuh umat islam saudara mereka sendiri.Sanggup bersengkokol dengan yahudi.Kini saya yakin umat islam Palestine sudah matamg.Cukup lah mereka belajar dari sejarah,yahudi zionis binatang laknatullah ini tidak sesekali akan redha keatas umat islam.Sejarah Shabra dan shatilla pembunuhan umat islam diantara yang terkejam…Hanya Hamas yang benar-benar ikhlas berjuang,mempertahankan umat islam,memuliakn umat islam Palestine,memelihara dan memperthankan Masjidil Aqsa.
Umat Islam Palestine izzah kerana Prinsip Hamas(pada pandangan saya)kerana umat islam Palestine dan saya percaya bahawa hanya ketaqwaan keyakinan dan janji Allah adalah yang mengangkat umat islam palselstine di mata dunia.bagaimana hari ini umat islam satu dunia bangkit(memunjukkan kesatuan Aqidah)apa yang memeranjatkan saya satu dunia tak kira apa bangsa dan aqidah bangkit,termasuk yahudi anti Zionis.
Ini menunjukan kepada Kamu ZIONIS BINATANG LAKNATULLAH mereka benci kan kalian.Allahu Akbar

Kenapa Palestine terus berdarah(khusunya Gaza)


Sejarahnya sangat panjang.Sejarah yahudi sangat buruk,dimana-mana mereka membuat kerosakan.buka lah kitab-kitab sejarah,supaya kita jadi muslim yang celik dengan permasalahan ummat.Dan anda akn dapat jawapanya kenapa Palestine????

Kekadang hati ku terfikir kenapa umat islam Palestine tidak henti dengan ujian sedemikian?persoalam ku terjawab ’Allah sengaja membiarkan palestine terus berdarah kerana Allah ingin hidup kan lubuk mati Syahid”Kata Said ramadhan AlBohti..dan banyak lagi hadis-hadis Allah Muliakan kalian,namun kemulian itu hanya terdapat dengan penggorbanan yang terlalu tinggi..Ya sedikit lega dari segala persolan yang sentiasa bermain di benak pemikiran

Banyak lagi hadis yang menceritakan kenapa Palestine menjadi sasaran dan pilihan Allah,saya masih mencari hadis tersebut,supaya hadis yang kita ambil benar-benar sohih supaya boleh berhujah dan menjadi jawapan pada setiap persoalan.

“Ya Allah sebagaimana kau pernah menghantar tentera ababil keatas tentera bergajah musyrkin,maka kau hantarkah lah juga tentera ababil ke atas tentera zionis binatang laknatullah Allahu Akhbar”

Ini hanya lah sedikit keluhan datang dari bicara hati ku..