Hari Ini :

Muhammad Photo Album.Ahlan ila Muhammad Fawwaz El-Afif Site

Saturday, June 20, 2009

Terima Kasih Ya Allah Diatas Pengalaman Ini.


Alhamdulilah kini kandungan saya berusia 4 bulan hampir masuk awal 5.Walaupun baru sahaja 4 bulan menjadi bakal ibu,banyak pengalaman yang telah dilalui.Sebelum ini asyik bertanya pengalaman dari orang lain.Alhamdulilah kini Allah telah memberi peluang kepada saya sendiri untuk merasai pengalaman seorang bakal ibu.walaupun pengalaman yang saya lalui masih terlalu baru dan sedikit tapi merasai pengalaman mengandung cukup menyeronokan,mengembirakan,menyedihkan,dan merisaukan dan berbagai-bagai lagi pengalaman.Sebelum ini hanya mendengar dan tidak lagi merasainya,bila sudah merainya baru lah tahu bagaimana rasannya mengandung.Namun setiap wanita pengalamanya sangat berbeza-beza.Kadang-kadang mengikut jantina anak.Dan adakalanya sebahagian wanita mempunyai alahan yang bermacam-macam mungkin mengikut keturunan atau bergantung pada individu itu sendiri.Namun pengalaman yang ingin saya kongsikan disini jika kita berjaya menjadi setiap perkara yang berlaku adalah bersandarkan kepada Allah,maka akan menatijahkan kemanisan iman yang sebenar,dan kadang-kadang hikmahnya di luar kotak pemikiran kita Masyallah

Pengalaman menyedihkan dan membimbangkan.Beriman lah dengan qadha dan qadar Allah

Awal bulan pertama apabila telah disahkan mengandung,saya tidak mengalami alahan-alahan seperti mana orang mengandung.Menyebabkan saya bergerak aktif seperti orang yang tidak mengandung.Akibatnya telah berlaku bleeding(tumpah Darah).Ketika itu perasaan hanya Allah sahaja yang tahu,kerana bagaikan akan kehilangan janin yang baru sahaja di beri pinjam oleh Allah.Tapi suami saya dengan tenang berkata sabar insyallah tiada apa-apa.Namun hati yang dalam keadaan sedih bertanya sesuatu sekiranya berlaku yang sebaliknya,namun suami dengan tenang mengatakan jika itu juga ketentuan allah kita kena pasrah.Kita masih berpeluang di kurnia kan zuriat,lihat buktinya ayang boleh mengandung.Sebelum ini kebimbangan yang ayang tak boleh mengandung Allah nafikan dengan Allah kurniakan zuriat ini.Insyallah jika Allah hanya pinjamkan,insyallah Allah akan izinkan.Ayang kena yakin dan bersangka baik dengan Allah

.Ya Allah maafkan diriku kerana bersangka buruk.Insyallah aku redha apa jua yang di tentukan oleh muSebagai manusia biasa dan naluri keibuan ia bagaikan sesuatu yang berat untuk di terima.Walaupun kadang-kadang kita tahu wajib beriman dengan qadha dan qadar yang telah di tetapkan Oleh Allah,namun secara teorinya kita mampu melafazkan kata beriman tetapi untuk kita mengaplikasi dan mempraktikalkan terlalu sukar.Ye itu lah juga yang saya alami,namun alhamdulilah saya kuatkan diri menerima ini semua sebagai takdir yang telah ditetapkan oleh Allah.Alhamdulilah mendapat support moral dari kawan-kawan menguatkan diri yang hampir lemah.Malam tu saya dan suami pergi ke doktor untuk memastikan kedudukan kondisi saya.Namun hati ketika itu sudah pasrah menerima apa jua keputusan.

Itu kali pertama saya berjumpa doktor Syushah,sebelum ni saya hanya mendengar dari kawan-kawan tentang kepakaran beliau.Beliau di katakan lebih pakar dari doktor perempuan.Dan alat-alatanya juga lebih canggih dari hospital-hospital yang pernah kami pergi.Saya meminta izin suami supaya di bawa berjumpa beliau memandangkan kes saya agak berat,sbb saya takut berlaku sebelum ini kecuaian seorang doktor seorang doktor perempuan menyebabkan kematian seorang anak kembar.Setelah 2 minggu di bawa kepada doktor syushah,rupanya bayi itu telah meninggal 2 minggu.Ketika cek doktor yang sebelum ini,doktor tersebut tidak dapat detect kerana alat scan nya kurang baik.walaupun yakin bahawa itu semua takdir,tapi sekurang-kurangnya kita berusha,berdoa,baru lah bertawakal dan berusha mencari yang terbaik.

Baik lah ayang,abang ikut ayang,walaupun suami saya sebenarnya berat untuk saya cek dengan doktor lelaki.Tapi demi memastikan kedudukan keadaan saya dia akur.
Kali pertama berjumpa dengan doktor syushah,ia bagaikan ayah dengan umurnya.takut juga kali pertama berjumpa doktor lelaki.

Setelah berbincang dengan doktor pemasaalahan saya,saya di suruh ke bilik untuk di scan kandungan saya.saya lihat ada seketul daging.Alhamdulilah saya bagaikan tak percaya perkara yang sebaliknya berlaku.Awak jangan bimbang,awak lihat tusambil di tuju ke monitor scan,itu adalah janin awak,tiada apa-apa masalah.Darah yang keluar itu adalah darah dari plasenta(pelindung janin).plasenta dan janin awak masih lemah,sekuran-kurangnya selepas 100 hari baru rahim awak kuat.Sekarang awak jangan buat sebarang keje,duduk di rumah.Banyak kan berehat dan makan makanan yang berkhasiat dan kurangkan berjalan.Bila melihat doktor syusah berkata bgeitu,lega saya rasakan.memang benar beliau bukan shaja seabagi doktor bahkan bagaikan seorang motivator bila mampu mengunakan psikologi ketika merawat pesakit,sebelum ini saya hanya mendengar,kali ini say amelihat.Teringat saya ketika diminta dia mendoakan kami,lantas beliau mengatakan Allah lah sebaik pertolongan.

Alhamdulilah diatas kurnia ini ya Allah.kau baru saja nak uji,hamba mu tapi hamba mu telah lemah.Insyallah aku cuba memperbaiki diri dan terus belaja untuk menjadi hamba mu yang akan mempraktikan rukun iman bukan sekadar hanya mampu melafazkan sahaja.

Kini tugas suri rumah telah bertukar tangan.Suami ku mengambil alih tugas sebagai suri rumah.Terima kasih ye abang kerana menjadi suri rumah tangga,walaupun sibuk dengan tanggungjawab.Kelas bahasa pun hampir 2 bulan di tawaqufkan kerana terpaksa mengutamakan keadaan saya yang perlu di beri perhatian.Semua keje suami ku yang buat,sedikit pun dia tidak mengizikan saya buat. Thank's Mr Mama.



Pengalaman ketika usia kandungan bertambah umur

Bila masuk pertengahan 2 ,saya mengalami sakit pinggul,tidak boleh bergerak banyak.Bila di tanya kepada kawan-kawan yang ada pengalaman bersalin dan ibu saya sendiri.Tiada yang sakit pinggul,menyebabkan saya terfikir-fikir apakah ada sakit sampingan yang saya alami.Sebab pengalaman biras saya,sakit appendic ketika kandungan berusia 8 bulan.Terfikir di benak adakah saya di serang buasir,saya kemudian search internet,em tiada pulak tanda-tanda buasir.em saya lontarkan kepada suami,suami hanya ketawa.Sabarlah sayang mungkin itu tanda-tanda orang mengandung setiap orang tidak sama.Setelah cek doktor mengakui itu prosuder biasa orang mengandung.

Masuk awal 3 say mengalami alahan yang agak teruk,lebih-lebih lagi jika sekali tersalah makan.Maka saya akandi serang CB.kadang-kadang masuk seminggu.Jika di serang CB maka selera makan sangat teruk.saya benar-benar kesian melihat suami saya,terpaksa melayan anak tekak saya,yang tidak lalu makan.Nasi dan beberapa lauk kegemaran langsung tidak boleh di telan.Memaksa suami say mencari makanan di luar kerana buntu melayan tekak saya .Doa dah harapan saya moga alahan ini hanya sehingga bulan ketiga.Terima kasih abang moga Allah membals segala kesabaran Abang.


Masuk Awal 4 alahan saya masih tidak kebah,alhamdulilah Cuma selera makan tidak lah seburuk seperti sebelum ini.Dan saya sedikit sebanyak boleh melakukan kerja rumah dan boleh memasak,yang hampir 2 bulan lebih tugas itu diambil alih oleh suami.Saya juga kadang-kadang di serang sakit tulang belakang menyebabkan saya terpaksa berbaring dan tidak boleh membuat sebarang keje.setelah dikaji dan minta pandangan beberapa orang.Rupanya saya kekurangan kalsium.Jika seorang ibu yang mengandung kekurangan susu atau kalsium akan menyebabkan si bayi mengambil zat kalsium dari si ibu,sama ada kalsium dari tulang,gigi,kaki dan dada.

Sepanjang mengalami tempoh kehamilan,baru saya rasai hikmahnya kenapa Allah Tawaquf kan saya selama setahun dari merasai kehamilan.Saya teringat kata-kata suami kepada saya pada awal tahun 2009.Ia mula serius untuk menjadi bapa,kerana sebelum ini dia tidak lah seserius ini.Adakah saya sudah bersedia untuk mengandung,ye sudah lama saya bersedia kata ku.Em sedia dari segala segi,fizikal,mental,rohani dan jasmani.Persoalan itu membuat saya pelik.Abang sudah bersedia untuk mejadi ayah katanya.Saya sedikit tersenyum,insyallah ayang bersedia.Bersedia kena dari semua segi

Teringat saya kata-kata kak Ayu,ahli usrah Umi.Em akak kesian tengok kawan-kawan yang mengandung sambil belajo,kesian maria penat.emm kebetulan saya dan kak Ayu hanya lah tabi'suami.Bila dah mengandung baru lah saya merasai nya.Tapi pahalanya lebih besar bagi mereka yang menuntut ilmu dan mengandung.

Bila saya teringat selama setahun sebelum ini yang saya lalui,jika lah di takdirkan Allah kurniakan zuriat sebelum setahun,pastinya saya tidak mampu melaluinya.Dengan alahan-alahan seperti diatas,ditambah lagi keje sampai malam.Pagi-pagi dah pegi keje.Dan kadang-kadang tak cukup tido,dan berbagai-bagai lagi masalah yg ada ketika itu.Pastinya saya lebih penat dari sekarang.Ya Allah sesungguhnya engkau lebih mengehtahui apa yang terbaik buat hamba mu.Sedikit demi sedikit saya melihat hikmahnya.Wahai sahabat-sahabat kadang-kadang kita merasai perancangan kita adalah terbaik,tapi kita lupa bahawa perancangan Allah adalah yang terbaik dan dia lebih mengehtahui.Sentiasa positif pada Allah seperti mana firmanya di dalam hadis Qudsi.
Allah berfirman :
“Aku bersama sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku.
Dan Aku akan selalu bersama hamba-Ku jika dia mengingati-Ku.
Kalau dia mengingati-Ku didalam dirinya,Aku mengingatinya dalam diriku.
Apabila dia mengingatiku di khalayak ramai, Aku mengingatinya di tgh khalayak yang lebih ramai lagi (para malaikat dan seluruh makhluk).
Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, Aku akan mendekatinya (lebih dekat lagi) sehasta.
Apabila dia mendekati-Ku sehasta, Aku mendekatinya sedepa.
Apabila dia mendekati-Ku dengan berjalan, Aku mendekatinya dengan setengah berlari

Hadith Qudsi (hadith yang dilafazkan oleh nabi tetapi mengandungi firman Allah) riwayat Al-Bukhari.

Allah bersama sangkaan para hamba-Nya

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang-orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada Ku. Hendaklah mereka memenuhi (perintah) Ku dan beriman kepada Ku, agar mereka memperoleh kebenaran. –al Baqarah 2:186-

Terima kasih Ya Allah,kerana kau menegur ku.

Konsep tawakal

Abang ayang tak sedap hati lah,boleh tak kita cek lagi.Permintaan saya kepada suami selepas saya tidak dapat melihat janin seperti mana saya dapat melihat dengan jelas di scan doktor Syushah.Kenapa yang tanya suami ku.entah lah abang ayang tak sedap hatilah sebab dengan doktor .........,tarikh bayi ayang makin lewat sebulan.sedangkan sebelum ni tarikh nya bulan akhir november.Ayang takut bayi kita makin susut,sbb scan menganalisa bayi mengikut tubuh bayi tersebut.Ketika itu teringat seorang kawan yang keguguran,kerana doktor kata bayi nya makin susut.ayang-ayang kan kita pegi hari tu doktor Syushah tu scan dian canggih berbanding dengan doktor........ayang doktor tu pun dah kata yang baby kita sihat dan tiada apa-apa.Dan makan-makanan yang berkhasiat.Ayang insyallah jangan risau,kita dah berusaha pg cek,makan ubat,makan makanan yang di sarankan oleh doktor sekarang tugas kita berdoa dan bertawakal.Em tawakal,ye abang kita dah berusha doa dan tawakal saje lah jalan yang terbaik.maaf ye abang kerana membuat abang risau sbb keadaan dan pengalaman kawan-kawan membuat ayang terlampau berhati-hati.Terima kasih ye bang.Maklumlah orang mengandung emosinya tak berapa setabil.maka baca Al-quraan,berzikir dan solat-solat sunat itu lah yang menstabilkan emosi.


Kak tahniah lah sebab akak dah mengandung,itu lah ucapan adik-adik yang datang menziarahi diri ku.em alhamdulilah dik.Doakan akak ye,moga Allah izinkan akak lahirkan anugerahnya pada masanya,kata ku.Kenapa kak kata macam tu,insyallah lah akak dapat anak kata adik tersebut.saya hanya tersenyum,ye dik tapi segala-galanya di dalam perancangan Allah.Em ada yang gugur walaupun kandungan bayi sudah berumur 5 bulan.Bahkan 6 bulan juga boleh berlaku keguguran,kata ku cuba menjelaskan selepas kerana saya ada membaca buku karangan ibnu sina tentang kehamilan.begitu juga kadang-kadang ada yang meninggal ketika saat melahirkan.Itu semua di dalam kekuasaan Allah.sebagai hamba kita berusha berdoa dan seterusnya bertawakal kepada Allah.Bukan ingin bersangka buruk kepada Allah tetapi ingin bersangka setiap sesuatu itu berada di dalam gengaman Allah s.w.t.supaya menguatkan lagi keimanan kepada qadha dan qadar Allah.

Akak insyallah,moga Allah berikan apa yang terbaik dalam hidup akak.saya hanya tersenyum dan mengaminkan doa adik tersebut.em tapi kena ingat setelah kita berdoa,usha,doa baru lah tawakal.Akak tawakal insyalalh kata adik tersebut

Em tawakal ada konsepnya,bukan bertawakal semata-mata,yang penting kita doa,usha,doa dan barulah tawakal.Betul-betul kata adik tersebut,kami ketawa melihat gelagat nya yang mengikut skrip upin dan ipin.Em ye tawakal perlu mengikuti prosudernya,seperti mana sekumpulan burung yang cuba menyelamatkan Nabi Ibrahim,dengan hanya meletakan air di paruhnya.Walaupun burung tersebut tahu yang mereka tidak mampu untuk memadam api yang marak membakar nabi Allah Ibrahim,tapi mereka juga berusha,berdoa dan bertawakal dan menyerahkan urusan menyelamatkan Nabinya kepada Allah

Seperti mana firman Allah swt di dalam surah di dalam konsep tawakal setelah berusaha.





Mafhumnya:

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Buat Bakal isteri mahupun ibu,yakinilah bahawa Allah adalah sebaik perancang.Dan sediakan diri dengan persiapan fiziak mental,jasmani dan rohaniBuat bakal suami dan ayah bersabar lah dalam melayani karenah isterimu terutama di kala mengandung kerana emosinya sungguh sensetif.

Ya Allah Banyak yang aku belaja sepanjang tempoh kehamilan ini,banyak hikmah yang aku kutip dalam tempoh ini,nayak pengalaman dan keyakinan yang aku gali.terima kasih Ya Allah kerana masih melihat dan menegur kesilapan ku.

Buat suami ku terima kasih diatas sokongan dan kesabaran mu.Moga Allah membalas segala penat lelah diatas kesabaran mu...

Belajar dan terus belajar,mengejar destinasi cinta,mendamba cinta ilahii

Eluqailah..

Thursday, June 4, 2009

Tahniah dan Terima kasih Ya Allah

Tahniah dan Terima kasih Ya Allah

Mabruk dan tahniah di ucapakan kepada 2 orang madem yang telah selamat melahirkan anak.walaupun sibuk berjihad bertempur di medan imtihan,mereka juga bertempur dengan nyawa untuk melahirkan anak.Alhamdulilah Allah taala memudahakn urusan 2 orang madem tersebut,apatah lagi di saat bertarung dengan nyawa kedua-dua orang suami tercinta kepada 2 orang madem tadi tiada di sisi.Kerana masing-masing berada di furu'masing-masing kerana bertempur di medan imtihan..

Tahniah sekali lagi buat Ustazah Fadilah dan ustaz Salam diatas kelahiran puteri sulung mereka,tak lupa buat u.Dhiha dan Ust Amir diatas kelahiran putera sulung mereka.Semoga anugerah yang di kurniakan pastinya menambah seri dan menambahkan rasa mahabbah diantara suami isteri.Didiklah anak-anak dengan tarbiah ilahi,coraklah mereka dengan didikan islam yang sebenar kerana mereka lah salah satunya peningalan dan bekalan buat kita kita bertemu Allah kelak.

Buat bakal ibu u.Azlina dan Ustaz Musa yang bakal bergelar ibu dan ayah tak lama lagi,begitu juga us zulaikah dan Ustaz Hamdi.mabruk muqaddam kami ucapkan.


Terima kasih Dia atas Anugerah ini.


Alhamdulilah kini usia kandungan berusia awal 4 bulan.Baru-baru ni saya dan suami pergi ke doktor untuk melihat keadaan janin.Saya dan suami tersenyum melihat perkembangan janin.Doktor juga tersenyum,katanya kau lihat bayi kau dia dah bergerak,lihat ini bahagian muka,mulut,ni tulang belakang,kaki dan juga tangan.ketika itu saya dan suami hanya tersenyum dan gembira bagaikan tak percaya ,diatas nikmat anugerah yang sangat bernilai.Akhirnya bayi ku telah membentuk embrio Alhamdulilah Ya Allah.

Awal 3 bulan yang kulalui sangat berhati-hati dan penuh rasa kebimbangan,apatah lagi bila mendengar 2 orang sahabat yang di jangka bulan bersalin sama,akhirnya akur dengan kehendak qadha dan qadar Allah.Kerana Allah hanya meminjam kan nya sementara.Takut dan bimbang sentiasa saya rasai,saya cuba menjaga dan mendengar nasihat doktor.saya pegang betul-betul nasihat doktor dan berusaha untuk menjaga anugerah ini.Dan saya sentiasa berusha untuk memastikan yang saya menjaga anugerah nya sebaik-baiknya.Jika di takdirkan Allah juga meminjamkan sementara anugerah ini,saya rasa telah berusha menjaga dengan sebaiknya.Dan jika Allah persoalkan,saya telah berusuha untuk menjaga nya setelah berusaha,berdoa dan tawakal segalanya terserah kepada perancangan Allah.


Allah menguji hambanya mengikut kemampuan.




"Tahniah awak hamil 3 minggu " kata doktor,saya dan suami tersenyum gembira.Ya Allah akhirnya kau makbulkan doa kami itu lah rintihan yan saya mampu ungkapkan bila mendapat kepastian sendiri dari doktor.

Mengimbas kembali detik sebelum mendengar khabar gembira.1 tahun kami menunggu anugerah ini,namun tiada sebarang tanda.Perasaan ingin menjadi ibu sentiasa memberontak.Bukan tidak redha dengan ujian tapi itu lah naluri bila seseorang bergelar isteri,pastinya ia juga ingin bergelar ibu.Setiapa bulan yang di lalui memang sangat menuntun perasaan bila jawapanya tetap negatif.Alhamudulilah suami saya banyak memberi sokongan dan support moral supaya bersabar dan yakin bahawa Allah sedang menguji kita,dan Allah ingin lihat sejauh mana kesungguhan kita.Adakah kita hambanya yang sering berputus asa @ sebaliknya.Ya sebagai wanita dan isteri sentiasa memerlukan sokongan dari suami,walaupun sedih tetapi ia sedikit terubat.Kerana itulah hikmah perkahwinan,saling lengkap –melengkapi dan sentiasa bersama si isteri dalam keadaan senang dah susah.Suami ku sentiasa berpesan jangan putus doa dan harap.kita kena sentiasa positif terhadap Allah kerana dia lebih tahu kemampuan kita,dan kadang-kadang Allah nak beri kita sesuatu yang lebih besar.
Ia saya bagaikan kan tak percaya,bila masuk awal march perasaan saya mula redha dengan ujian ini,jika Allah kurniakan zuriat lambat @cepat,sebab saya yakin allah akan kurniakan anugerah ini satu masa nanti.Bukan tidak rehda sebelum ini,tapi perasan ini tak mampu saya bendung,kerana kadang-kadang melihat baju kanak-kanak persaan jadi sebak.Ya Allah ampunkan aku jika perasaan ini merupakan kemurkaan mu.


9/3 genap usia ulangtahun perkahwinan kami setahun,walaupun berlalu tanpa khabar berita saya pasrah dengan ujian ini,kerana saya yakin Allah tidak akan menguji hambanya di luar kemampuan nya.Itulah Azimat yang saya pegang kerana ia telah termaktub di dalam Al-quraan surah Al-Baqarah.Namun memang benar kita merancang tapi Allah jua lah sebaik perancangan.Akhirnya penantian ku berakhir dengan khabar gembira.Ya Allah genap setahun Allah kurniakan anugerah ini,sama dengan bulan ulang tahun perkahwinan pertama kami.Ya allah rupanya ini berita gembira yang ingin kau beritahukan kepada kami,Terima kasih Ya Allah di atas anugerah ini.Buat suami ku,inilah hadiah ulangtahun kita yang pertama.Allah berikan kita hadiah yang sangat-sangat bernilai masyallah.
Memang benar'sabar itu sebahagian dari Iman"

Belajar dan terus belajar,mengejar destinasi cinta,mendamba cinta ilahii
eluqaialh.