Hari Ini :

Muhammad Photo Album.Ahlan ila Muhammad Fawwaz El-Afif Site

Sunday, May 31, 2009

New Face Uqailah

Uqailah kini lebih Segar

Salam sudah lama rasanya tidak menaip blog,blog yang di bina hampir 3 tahun jarang di isi dengan hasil penulisan sendiri.Rata-rata yang ada di dalam uqailah.blogspot.com ini adalah atrikel yang saya dapati dari internet saya copy dan paste.Dan terlalu sedikit sekali yang saya hasil kan dari penulisan tangan saya sendiri.Blog saya juga ada di kunjungi di langan ustaz-ustaz yang menegur,kenapa blog Ustazah-ustazah ni tiada isu lain ,isu muslimat,tak pun copy dan paste.Sifu merangkap suami saya selalu menegur kerana tak update dan menulis @ manipulasi sesuatu isu.

Saya hanya tersenyum kerana saya tahu apa yang mereka perkatakan memang benar khususnya di pihak saya lah sendiriBukan tidak mahu menulis @ tiada idea untuk di tulis.tapi selalu berlegar di otak fikiran saya,siapa lah yang nak baca blog saya ni.saya ni bukan lah orang yang dikenali.Kalau di amati saya tak nafikan blog ustaz-ustaz sering di kunjungi,apatah lagi jika blog yang yang di buat individu untuk tujuan hukum-hakam,bab isu semasa dan berbagai lagi yang menjadi perhatian pengunjung.dan pastinya pengunjung lagi kerap melayari blog-blog tersebut.

Bila saya berfikiran seperti itu,Sifu saya selalu tegur Don’t think Negative,but just positif.Sifu juga kerap menegur supaya mengupdate blog.Alhamdulilah kin Uqailah.blogspot lebih segar berbanding sebelum ini.Hampir 97% blog saya telah di ubah dan ditambah oleh sifu,tujuanya supaya lebih bersemangat untuk terus menulis dan mengupdate blog selalu.Terima kasih @toche sifu(afais)kerana banyak membantu, sentiasa memberi dorongan,teguran,nasihat dan semangat.Insyallah baki yang 3% bergantung kepada saya untuk memastikan uqailah.blogspot sentiasa segar dan terus hidup Insyallah.

BIla Mula berblog??

Dulu saya suka blog-blog ustaz,al-maklumlah saya dan khususnya muslimat kurang mahir dalam dunia blog.Memandang ketika itu kemudahan computer dan internet yang terhad menyebabkan sukar untuk kami menerokai dunia blogger seperti ustaz-ustaz(ketika itu ustaz-ustaz di johor khususnya terkenal diantara perintis blogger khusunya di mesir).Di antara blog-blog yang saya sering kunjungi adalah blog sifu saya sendiri juga blog ustaz-ustaz yang sering manipuladi isu.Memang saya tidak ketinggalan untuk membaca dan mendapat kan isu-isu semasa.

Di antara factor-faktor ketika itu yang menyebabkan ramai dikalangan ustaz ingin menerokai dunia blogger adalah kerana satu pertandingan yang di adakan khususnya untuk ahli johor.Pertandingan blogger terbaik pada hari keluarga Johor @ yang Grandnya AF Bkpjm(Annual Festival)badan kebajikan anak negeri Johor.Ketika itu juga ramai di kalangan akhwat yang mula ingin menerokai dunia blogger termasuk saya.Ketika itu saya dan sahabat saya Mazlina hampir setiap hari ke cyber internet untuk mencuba berblogger.Oleh kerana langsung tiada asas kami mencuba sendiri.dan saya ingat hampir 10 blog yang saya cipta,tapi kesemuanya tidak dapat berfungsi kerana saya gagal mengigatkan password masuk untuk membuat posting.tanpa sebarang bantuan dan sekad ar minat akhirnya blog saya terkubur begitu saja.Tp selepas setahun,diatas bantuan sahabat-sahabat alhamdulilah saya kini telah mampu mempunyai blog sendiri.Dan kini saya sedang berusha mengupdate kan blog dari semasa ke semasa..Insyallah


Destinasi cinta,mendamba cinta mu ya Ilahi…..
eluqailah