Hari Ini :

Muhammad Photo Album.Ahlan ila Muhammad Fawwaz El-Afif Site

Sunday, August 26, 2007

SAJAK AMINAH QUTB UNTUK SUAMINYA


SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,

TAK SEMESTINYA MANUSIA CINTA KEPADA KITA,

TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH
NESCAYA CINTA ALLAH TIADA PENGHUJUNGNYA.

SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,

KITA AKAN CEMBURU KEPADA ORANG YANG MENCINTAI ORANG YANG KITA CINTAI¡

TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,

KITA AKAN TURUT MENCINTAI ORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA KEPADA ALLAH JUGA.

YA ALLAH, ANDAINYA DIA ADALAH JODOH YANG DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU, MAKA CAMPAKKANLAH DALAM HATIKU CINTA KEPADANYA ADALAH KERANA-MU, DAN CAMPAKKANLAH DALAM HATINYA, CINTA KEPADAKU ADALAH KERANA-MU. NAMUN, ANDAINYA DIA BUKANLAH JODOH YANG DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU, BERIKANLAH KU KEKUATAN AGAR PASRAH DALAM MENGHARUNGI UJIAN, YANG KAU BERIKAN KEPADAKU.

¨ YA ALLAH,JIKA AKU JATUH CINTA,CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU,AGAR BERTAMBAH KEKUATANKU UNTUK MENCINTAI-MU. ¨ª YA MUHAIMIN,JIKA AKU JATUH CINTA

JAGALAH CINTAKU PADANYA AGAR TIDAK MELEBIHI CINTAKU PADA-MU.

¨ª YA RABBANA,JIKA AKU JATUH HATI,JAGALAH HATIKU PADANYA AGAR TIDAK BERPALING PADA-MU.

YA RABBUL IZZATI,JIKA AKU RINDU, RINDUKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MERINDUI SYAHID DI JALAN-MU. YA ALLAH,JIKA AKU RINDU, JAGALAH RINDUKU PADANYA AGAR TIDAK LALAI AKU MERINDUI SYURGA-MU. ¨ª

YA ALLAH, JIKA AKU MENIKMATI CINTA KEKASIH-MU,JANGANLAH KENIKMATAN ITU MELEBIHI KENIKMATAN INDAHNYA BERMUNAJAT DI SEPERTIGA MALAM TERAKHIR-MU ¨

YA ALLAH,JIKA AKU JATUH HATI PADA KEKASIH-MU,JANGANLAH BIARKAN AKU TERTATIH DAN TERJATUH DALAM PERJALANAN PANJANG MENYERU MANUSIA KEPADA-MU. ¨

YA ALLAH,JIKA KAU HALALKAN AKU MERINDUI KEKASIH-MU,JANGAN BIARKAN AKU MELAMPAUI BATAS SEHINGGA MELUPAKAN AKU PADA CINTA HAKIKI DAN RINDU ABADI HANYA KEPADA MATI HANYA SEKALI, JADIKANNYA PADA JALAN ALLAH.

Monday, August 20, 2007

5 PERKARA ANEH


Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang negkau lihat (hadapi) maka makanlah,


kedua; engkau sembunyikan,


ketiga; engkau terimalah,


keempat; jangan engkau putuskan harapan,


yang kelima; larilah engkau daripadanya.


"Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "saya diperintahkan memakan pertama saya hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.Maka berkatalah Nabi itu, "saya telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah saya."

Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah. saya sangat lapar dan saya mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku.

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah. saya telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini.



Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukittetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.


Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.


Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.


Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu\n ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah.


Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah saya kerjakan di dunia dulu



Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah. saya sangat lapar dan saya mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata,

"Ya Allah. saya telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa,

"Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukittetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.



Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah saya kerjakan di dunia dulu."

Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan\n merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.
Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

Sunday, August 12, 2007

LIDAH KELU KETIKA NAZAK ????????????


Sedang saya membuka lama-laman web yang ilmiah,lalu mata saya tertarik dengan artikel ini,mungkin atas dasar untuk berkongsi bersama dengan sahabat-sahabat,saya copy paste artikel ini ke dalam blog saya.


Fenomena berkata-kata ketika Azan,mungkin berlaku di kalangan kita,juga walaupun kita di kalangan orang yang belajar agama.Bercakap ketika azan ada para ulamak mengharuskan,tetapi ketika salam pengajian menuntut ilmu.Ketika saya belajar di peringkat menengah teringat saya seorang kakak senior menegur saya apabila saya tidur ketika azan.Katanya org yg tidur ketika azan nanti jenazahnya akan berat.Namun saya tak pasti mungkin wujudnya kesahihan berdasarkan dalil-dalil.Mungkin ada di kalangan sahabat yang ada dalil,untuk di kongsi bersama.


Ketika mengikuti kuliah jumaat di Alex, di dalam kuliah tersebut pentazkirah tersebut menyentuh bab azan,diatara kelebihan orang yg menghormati azan dia di muliakan kedudukanya.Itu diantara fadilat yg mungkin boleh kita dapat,namun yang pasti kalimah azan adalah kalimah kesaan,kalimah penyatuan dan paling penting kalimah itu kalimah yang menggungkan Allah Rabul alamin.


Bila tringat zaman sekolah rendah,cikgu-cikgu selalu pesan.apabila kamu memdengar nyanyian Lagu Negara Ku,maka kamu hendaklah berhenti tanda kamu menghormati negara kamu.Hatta kalau kamu lewat pun kamu mesti berhenti.Sekiranya kamu sedang memandu sekalipun kamu mesti berhenti...tanda seorang yang patriotik terhadap negaranya.Namun pernah kah kita sama-sama terfikir kenapa kita tidak jadi seorang hambanya yg patriotik terhadap Tuhan.

muhasabah buat diri sendiri,yang lemah yang tidak terlepas dari melakukan kesalahan.




Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.\


Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya.


Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dengan izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.


"Ya Allah!Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin, amin, amin. Yarobbal a'lamin.."

10 LALUAN



"10 LALUAN yang bakal di lalui oleh manusia dari dunia sampai akhirat, bagaimana memudahkannya?

1. Laluan Menuju ke Kubur * Jauhkan dari perbuatan mengumpat dan mengeji * Hindarkan perasaan irihati (benci) * Jangan teroengaruh dengan emas/ perak * Sucikan qada' hajat dengan istibra (berak/ kencing)

2. Laluan untuk Berjumpa Izrail * Bersihkan diri dengan bertaubat * Gembirakan hati orang mukmin * Bayar semula qada' yang tertinggal * Kasih sepenuh hati kepada Allah Taala


3. Laluan untuk Bertemu Mungkar Nakir * Mengucap dua kalimah syahadah * Suka memberi sedekah * Berkata benar * Bersihkan dan perbaiki hati

4. Laluan untuk Memberatkan Timbangan * Belajar atau mengajar ilmu yang bermanfaat * Sucikan perkataan dan pakaian * Bersyukur dengan yang sedikit * Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh Allah

5. Laluan Memantapkan Amalan * Jauhkan perkataan yang sia-sia * Pendekkan cita-cita dunia * Banyakkan puji-pujian kepada Allah * Banyakkan sedekah dan akhirat
6. Laluan Melalui Titian Siratul Mustaqim * Kasihilah ailia' Allah Taala * Berbaktilah kepada kedua ibubapa * Berpegang teguh dengan hukum syarak * Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

7. Laluan Menjauhkan Diri dari Neraka * Banyakkan membaca al-Quran * Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
* Tinggalkan perkara maksiat * Jauhkan segala yang haram


8. Laluan untuk Memasuki Syurga * Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh * Kasihi orang yang soleh * Kerjakan segala suruhan-suruhan Allah * Merendahkah dari di antara semua makhluk Allah

9. Laluan Berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW * Kasihilah Nabi Allah * Kasihilah Rasulullah SAW * Tuntutilah yang difardhukan oleh Allah * Banyakkan selawat Nabi Muhammad SAW

10. Laluan untuk Bertemu Allah * Serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah * Hindarkan diri dari menderhaka kepada Allah * Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada Allah * Bencikan segala yang diharamkan-Nya

Monday, July 23, 2007

WANITA YANG DIMURKAI OLEH ALLAH.




WANITA YANG DIMURKAI OLEH ALLAH.

Sebagaimana Allah suka degan wanita yang solehah, Allah juga sangat murka kepada beberapa jenis wanita. Oleh itu sangat perlu bagi kita mengetahui perkara yang boleh menyebabkan kebenciannya supaya kita terhindar dari kemurkaannya. Kemurkaan Allah pada hari kiamat sangat dahsyat sehinggakan nabi-nabi pun sangat takut. Bahkan Nabi Ibrahim pun lupa bahawa dia mempunyai anak yang bernama Nabi Ismail kerana ketakutan yang amat sangat.

Abu Zar r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Seorang wanita yang berkata kepada suaminya, "semoga engkau mendapat kutukan Allah" maka dia dikutuk oleh Allah dari atas langit yang ke7 & mengutuk pula segala sesuatu yang dicipta oleh Allah kecuali 2 jenis makhluk iaitu manusia & jin."

Abdul Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Seorang yang membuat susah kepada suaminya dalam hal belanja atau membebani sesuatu yang suaminya tidak mampu maka Allah tidak akan menerima amalannya yang wajib & sunnatnya."

Abdullah bin Umar r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Kalau seandainya apa yang ada dibumi ini merupakan emas & perak serta dibawa oleh seorang wanita kerumah suaminya. Kemudian pada suatu hari dia terlontar kata-kata angkuh, "Engkau ini siapa? Semua harta ini milikku & engkau tidak punya harta apa pun." Maka hapuslah semua amal kebaikannya walaupun banyak. Nabi s.a.w. adalah seorang yang sangat kasih pada ummatnya & terlalu menginginkan keselamatan bagi kita dari azab Allah. Beliau menghadapi segala rupa penderitaan, kesakitan, keletihan & tekanan. Begitu juga air mata & darah baginda telah mengalir semata-mata kerana kasih-sayangnya terhadap kita. Maka lebih-lebih lagi kita sendirilah yang wajar berusaha untuk menyelamatkan diri kita, keluarga kita & seluruh ummat baginda.

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah & kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, "Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "Pada malam aku di Isra'kan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis. Saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?" Beliau bersabda:

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya & otak kepalanya mendidih.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan aspal yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.

3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.

5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.

6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

7. Wanita yang bermuka hitam & memakan ususnya sendiri.

8. Wanita yang tuli, buta & bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) & badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.

9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi & kaldai yang mendapat berjuta jenis siksaan.

Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu."

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun tentang :

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya dijilbab) dikalangan lelaki.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata.

3. Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan mulutnya kelak dihari kiamat,selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.

4. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

5. Adapun wanita yang diikat dengan kaki & tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid & nifas.

6. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.

7. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhisannya.

8. Adapun wanita yang diikat kedua kaki & tangannya sampai ke ubun-ubunnya & dibelit oleh ular & kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat & puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

9. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi & badannya seperti kaldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.

10. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah- marah pada suaminya.

Dan ada diantara isteri nabi-nabi yang mati dalam keadaan tidak beriman kerana mempunyai sifat yang buruk walaupun mereka adalah isteri manusia yang terbaik dizaman itu. Diantara sifat buruk mereka:

1. Isteri Nabi Nuh suka mengejek & mengutuk suaminya.

2. Isteri Nabi Lut suka bertandang kerumah orang.

Semoga Allah beri kita kekuatan untuk mengamalkan kebaikan dan meninggalkan keburukan. Kalau kita tidak berasa takut atau rasa perlu berubah... maka kita kena khuatir, takut kita tergolong dalam mereka yang tidak diberi petunjuk oleh Allah. Dah tau pun tak ada rasa apa-apa.

Na'uzubillahi min zalik

WANITA YANG MULIA DALAM PANDANGAN ALLAH.


WANITA YANG MULIA DALAM PANDANGAN ALLAH.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda :"Sebaik-baik wanita adalah
apabila engkau pandang dia maka dia menggembirakan, bila engkau perintah dia taat, bila engkau tiada dia menjaga hartamu & menjaga pula kehormatan dirinya."

Ada sebuah riwayat bahawa pada zaman Nabi s.a.w. ada seorang lelaki yang akan berangkat untuk berperang dijalan Allah. Dia berpesan kepada isterinya : "Wahai isteriku ...janganlah sekali-kali engkau meninggalkan rumah ini sehingga aku kembali."

Secara kebetulan ayahnya menderita sakit...maka wanita tadi mengutus seorang lelaki menemui Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda kepada utusan itu, "Agar dia taati suaminya." Demikian pula wanita itu mengutus utusannya bukan hanya sekali sehingga akhirnya dia mentaati suaminya & tidak berani keluar rumahnya.

Maka ayahnya meninggal dunia tetapi dia tetap tidak melihat mayat ayahnya. Dia tetap sabar sehingga suaminya pulang. Maka Allah memberi wahyu kepad
a Nabi yang berbunyi, "Sesungguhnya Allah telah mengampuni wanita tersebut disebabkan ketaatannya kepada suaminya. Dalam riwayat yang lain mengatakan bahawa Allah turut mengampuni dosa ayahnya disebabkan ketaatan anaknya itu.

Inilah sebenarnya perkara yang menyebabkan wanita diredhai oleh Allah bukannya dalam persamaan hak yang seperti dituntut oleh penjahil agama. Sedangkan dalam peristiwa Israk Mikraj, Nabi telah melihat kedalam syurga yang mana Allah masukkan wanita ke dalam syurga 500 tahun lebih awal dari suami merek...dan bila melihat kedalam neraka Nabi dapati 2/3 dari penghuninya adalah wanita. Oleh itu takutilah kita semua akan ALLAH....

KELEBIHAN WANITA

Abdullah bin Mas’ud meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda : "Apabila seorang wanita mencuci pakaian suaminya maka Allah mencatat baginya 1000 kebaikan, di ampunkan 2000 kesalahan bahkan segala sesuatu yang disinari matahari akan memohon ampun baginya & Allah mengangkat 1000 darjat untuknya."

Maulana Syed Ahmad Khan dalam bayannya menceritakan kelebihan yang dimiliki oleh wanita. Katanya:

1. Seorang wanita yang solehah lebih baik dari seorang wali Allah.

2. Wanita yang menguli tepung dengan membaca Bismillah akan diberkati Allah rezekinya.

3. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti membersihkan Baitullah.

4. Wanita yang solehah lebih baik dari 70 orang lelaki yg soleh.

5. Allah akan berkati rezeki apabila wanita memasak dengan zikir.

6. Seorang wanita yang menutup auratnya dengan purdah ditingkatkan oleh Allah nur wajahnya 13 kali dari wajah asal.

7. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah Yang Maha Indah di akhirat nanti tetapi bagi Allah sendiri akan datang untuk berjumpa dengan wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah dengan istiqamah.

PERKARA YG AMAT DIBENCI ALLAH PADA SEORANG WANITA

1. Kepada wanita yang tidak menutup aurat Allah berfirman : "Hiduplah dengan apa yang kau suka."

2. Allah melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrim.

3. Perempuan yang memakai kain yang nipis & jarang untuk menarik perhatian lelaki bukan muhrim atau memakai segala yang mendatangkan keghairahan kepada orang lain maka dia tidak akan mencium bau syurga.

4. Wanita yang jahat lebih buruk dari 1000 org lelaki yang jahat.

Pengorbanan seorang wanita amat dihargai oleh Allah & rasulnya. Cuma kita kurang mengetahui kelebihan yang dikurniakan kepad kita semua. Sehinggakan hari ini manusia Islam mencari sesuatu selain dari agama keran merasa pengorbanan mereka tidak dihargai. Dan mereka turut melaungkan persamaan hak seperti dibarat. Ini semua bukanlah salah mereka...tetapi kitalah yang bersalah kerana kita lupa bahawa kita ini umat yang dianugerahkan dengan tugas kenabian. Memberi harapan & bimbingan kepada manusia...

KEMULIAAN ISTERI DALAM ISLAM

1. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih & isteri layan dengan baik maka dia memperolehi pahala jihad.

2. Wanita yang menyebabkan suami keluar ke jalan Allah & menjaga adab rumahtangga akan masuk syurga 500 tahun lebih dulu dari suaminya. Dia akan menjadi ketua 70,000 malaikat & bidadari. Dan wanita itu akan dimandikan didalam syurga & menunggang suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat dari permata yaqut.

3. Wanita yang menjaga solat, puasa & taat pada suaminya, Allah izinkan dia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka.

4. Kalau isteri layan suami tanpa khianat dia dapat pahala 12 tahun solat.

5. Wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas & wanita yang picit suami bila disuruh dapat pahala 7 tola perak.

6. Wanita yang meninggal dengan keredhaan suaminya akan masuk syurga.

7. Jika suami mengajar isterinya satu masaalah agama akan dapat pahala 80 tahun ibadat.

8. Isteri yang lihat suami dengan kasih-sayang & suami yang lihat isteri dengan kasih-sayang maka Allah pandang dengan penuh rahmat.

9. Jika suami datang dengan kemarahan tetapi isteri layan dengan baik dapat separuh pahala jihad

KEMULIAAN IBU DALAM ISLAM

1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid.

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat.

BANGKIT LAH UMMAH KU





Palestine sejarah mu \Sangat  dasyah sekali
sejarah mu tidak pernah henti
Bosnia sejarahmu tidak pernah dilupai
Shabra dan Shatillah sejarahnya sangat menyayat hati
Dunia terus pekak bisu dan tuli
NAM pula asyik berkecuali
OIC hanya mendiamkan diri
PBB menjadi boneka yahudu dan Nasrani
Natopula terus menganasi
Amarika dan Zionis menjadi Wirasetiap Hari
Pejuang islam pula di gelar teroris

Maruah umat islam dilapah dan dihina dan di caci
Dulu umat islam bangsa yang di kagumi dan di geruni
Kini Umat islam di perkotak katik kan sesuka hati
Seolah-olah umat islam tiada maruah diri
Wahai ummat islam bangkitlah kini
Jangan lagi teus di buai mimpi

Bantulah saudara mu yang sedang di perangi
Doa sebagi senjata diri
Kepada mu ya Allah kamipohoni
Engkau aazabkan musuhkai
Kezaliman mereka terus merajai
Engkau binasakan Ya Allah musuh Tradisi ini
Dendam mereka tidakpernah bertepi

Wahai palestine,sesungguhnya kami peduli
Wahai lebanon sesungguhnya kami peduli
Wahai ummat ku yang diperangi ,sesungguhnya kami peduli
Luka kalian,luka kami
kerana kalian adalah saudara kami
bukan saudara yang di kandungi
Tapi  kalian saudara seaqidah kami

Ya Allah bangkitkan lah Muhamamad Al-Fateh di kurun ini
Ya Allah bangkit kan salahudin al-ayubi  di abad ini
Kami sentiasa menanti kedatangan pahlawan agama mu ini

Sedarlah wahai ummat ku kini
Cukuplah Peperangan dan Thusnami inzar dari ilahi
Mengapa di undang bala Allah lagi
Kembalilah kita kepada islam yang realiti

Bangkitlah wahai mujahid rabbani
Bangkitlah wahai  mujahid sejati
Jadilah kita ansarullah din ilahi
Kitalah pembawa risalah ilahi
selaku kita pewaris para nabi
Kedatangan kita ummah menanti
Mengubah dunia dan ummah kepada Ad-din hakiki

www.uqailah.blogspt.com

Tuesday, July 10, 2007

MADAH UNTUK MUSLIMAH SOLEHA


Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan
wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang
mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada
kebijaksanaannya bermain lidah,
memujuk rayu,

Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal
orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan
martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan
paras rupa yang indah bak permata yang
menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas
kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu
serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita
hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih
untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan
kecantikan luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan
lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan
dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa
mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan
ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih
berpegetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita
atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih
malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau
akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu
tidak akan terpaut pada wanita hanya
kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa
dan agama.

"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan
adalah wanita solehah"



Thursday, June 28, 2007


99 LANGKAH MENUJU KESEMPURNAAN IMAN



01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;
02. Sabar apabila mendapat kesulitan;
03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program;
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
08. Jangan usil dengan kekayaan orang;
09. Jangan hasad dan iri atas kesuksessan orang;
10. Jangan sombong kalau memperoleh kesuksessan;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan;
13. Jangan hancur karena kezaliman;
14. Jangan goyah karena fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu;
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;
25. Biasakan shalat malam;
26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah;
33. Berlatihlah konsentrasi pikiran;
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila karena sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlampau takut miskin;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
41. Berlakulah adil dalam segala urusan;
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
43. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
45. Perbanyakkan silaturrahim;
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
47. Bicaralah secukupnya;
48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;
52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;
53. Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan tidak berlebihan;
54. Hormatilah kepada guru dan ulama;
55. Sering-sering bershalawat kepada nabi;
56. Cintai keluarga Nabi saw;
57. Jangan terlalu banyak hutang;
58. Jangan terlampau mudah berjanji;
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti bercakap-cakap yang tidak berguna;
61. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;
66. Jangan membenci seseorang karena pahaman dan pendiriannya;
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan.
70. Jangan melukai hati orang lain;
71. Jangan membiasakan berkata dusta;
72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
76. Jangan membuka aib orang lain;
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita;
78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;
80. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena kaya;
81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara;
82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
85. Hargai prestasi dan pemberian orang;
86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan;
87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.
88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita;
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fisikal atau mental kita menjadi terganggu;
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya;
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;
96. Jangan memforsir diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;
97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerusakan;
99. Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang

MUSLIMAH YANG KASIHI



MUSLIMAH YANG DISAYANGI

adalah pencinta tuhannya....
yang mengalir cinta,takut dan harap...
yg mengusai perjalanan
penghidupannya
dari waktu ke waktu...dari hari ke hari...
sehingga perjalanan diantara....jasad
dan nyawanya berakhir..


MUSLIMAH YANG DIRINDUI..

.
adalah perempuan yang dimata dan
wajahnya..
terpancar sinar nur ilahi...
lidahnya basah dgn zikrullah...
disudut hati kecilnya ......
sentiasa membesarkan allah....


MUSLIMAH YANG DICINTAI....


yang menutup auratnya...
dari pandangan mata ajnabi...
kehoramatan dirinya menjadi mahal
nilainya....
disanjung tinggi...penduduk langit dan
bumi....


MUSLIMAH YANG DIIMPIKAN.


adalah yang mendekatkan....
hatinya yang telah jauh...
disaat orng lain dilamar kebendaan.....


MUSLIMAH YANG DIKASIHI


yang bersyukur dgn apa yg ada..hidup
yg bersabar pada yg tiada...
cinta pada yg sederhana...
yang tidak bermata benda....

Saturday, May 19, 2007

UMAT ISLAM SEPERTI BUIH

Tuan Guru Haji Hadi

Wednesday, 15 February 2006

Tafsir Surah al-Maidah ayat 52

Ulama Islam dalam semua mazhab bersepakat menyatakan bahawa negeri yang pernah dikuasai oleh Islam wajib dibebaskan dari sebarang penjajahan jahiliyyah.

Bahkan negeri Islam yang bersempadan dengan wilayah berkenaan menjadi fardhu ain berjihad membebaskan wilayah atau negara berkenaan.
Adapun mengadakan hubungan diplomatik dengan negara kafir yang Islam belum lagi menakluk negara berkenaan, ini suatu hal lain.

Hubungan diplomatik ini diizinkan oleh Islam untuk memberi peluang kepada negara Islam berdakwah dengan negara berkenaan dan memberi peluang menghadapi musuh yang lebih besar.

Islam tidak membenarkan umanya mengadakan hubungan diplomatik dengan negara yang haram kewujudannya hasil rampasan dari negara Islam. Juga negara-negara yang dahulunya pernah menjadi wilayah Islam, kewajipan kepada orang Islam membebaskan negara-negara berkenaan dari penjajahan kuffar.

Sebaliknya haram orang Islam membiarkan negara-negara ini terus ditakluki oleh musuh Islam.

Bagaimanakah sekiranya orang kafir membenarkan oarng Islam melaksanakan ibadat haji tanpa apa-apa halangan di negara berkenaan?

Sebagai jawapannya Islam bukan sekadar ibadat itu sahaja bahkan Islam mestilah ditegakkan dasar Islam semua aspek termasuk hukum-hakam Islam di sesebuah negara itu.

Yang menjadi masalah sekarang ialah bukan sahaja negara yang ditakluki oleh orang kafir tidak melaksanakan undang-undang Islam bahkan negara yang terdiri dari ramai orang Islam sendiripun tidak melaksanakan tanggungjawab melaksanakan Islam.

Mereka tidak ubah seperti buih sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi s.a.w. dalam satu hadithnya yang bermaksud:

“Kamu menjadi seperti buih sebagaimana buih yang dihanyut oleh air banjir kerana kasihkan dunia dan benci kepada mati.”

Kasih kepada dunia seolah-olah mahu kekal hidup di dunia ini buat selama-lamanya sekaligus benci kepada mati. Walaupun demikian mati tetap datang kepada sesiapa sahaja di dunia ini. Punca benci kepada mati ialah kerana banyak melakukan maksiat.

Kesimpulannya, orang Islam diharamkan bermuwalah (berkawan rapat dan berpersetiaan) dengan orang kafir.

Adapun mengadakan hubungan perdagangan dengan orang kafir dibenarkan oleh syarak. Allah Ta’ala memberi jaminan di dalam firman-Nya yang bermaksud:

“Maka mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan atau suatu urusan dari sisi-Nya. Maka mereka (golongan munafiqin) terasa menyesal akibat dari apa yang mereka sembunyikan dari mereka sendiri” (Surah al-Maidah: 52).

Allah Ta’ala menyatakan bahawa orang Islam akan menang termasuk dengan menawan Makkah dan berjaya menghalau orang-orang Yahudi dari bumi Makkah sekaligus dari bumi Hijaz apabila mereka melanggar perjanjian dengan orang Islam. Mereka terus dihalau dari Semenanjung Tanah Arab.

Ayat ini bukan sahaja relevan di zaman Nabi s.a.w. tetapi relevan juga di sepanjang zaman.

Jika orang Islam yakin kepada Allah, Dia akan memberi kemenangan kepada orang Islam dengan syarat mereka ikhlas.

Firman Allah yang bermaksud:

“Dan bersedialah kamu dengan kekuatan sekadar kemampuan kamu.” (Surah al-Anfal:60).

Umat Islam hendaklah menyediakan kekuatan dengan penuh keikhlasan, jangan menyembunyikan kemampuan yang diberi oleh Allah.

Contoh yang paling dekat dengan kita ialah, Afghanistan. Rusia merupakan antara kuasa besar dunia yang menakluk Afghanistan. Rusia mempunyai kuasa nuklear yang lebih dahsyat daripada bom atom berjaya menakluk Afghanistan dengan menggunakan segala alat moden yang ada.

Orang Afghanistan berdiri di atas nama jihad menentang Rusia dan dengan beraninya mereka merampas segala senjata yang ada pada tentera Rusia.

Senjata Rusia ini juga diberi oleh Allah kepada orang Islam dan orang Islam menentang Rusia sehingga mustakbirin itu menyerah kalah.

Yang menjadi masalahnya pada hari ini ialah orang Afghanistan lupa kemenangan yang diberi oleh Allah itu.

Sumber Harakah : 1-15 Feb 2006

Tuesday, May 15, 2007

ILMU HILANG JIKA MANUSIA TIDAK BERAMAL

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Thu Apr 12, 07 12:39:15 PM

(Tafsir Surah al-Maidah ayat 66) Jika mereka beramal dengan apa yang diturunkan oleh Allah nescaya Dia menjamin rezeki mereka dengan menurunkan hujan, hasil bumi yang berkat kepada mereka sebagai kurniaan Allah,

sebagaimana firman-Nya kepada orang-orang yang beriman yang bermaksud: "Kalaulah penduduk negeri itu beriman dan bertakwa nescaya Kami bukakan kepada mereka keberkatan yang datang dari langit dan bumi." (Surah al-Anfal: 96)

Allah Taala beri keberkatan kepada mereka. Bagaimanapun ada perbezaan antara berkat dan kekayaan. Ada negeri yang kaya raya tetapi tidak ada keberkatan dalam pentadbiran kerajaannya.
Negeri itu kaya tetapi susah dengan banyaknya maksiat dan sebagainya dengan sebab kekayaan yang diperolehi.

Ini menandakan tidak adanya keberkataan dalam kekayaan yang diperolehi itu akibat penyalahgunaan kekayaan untuk tujuan yang bercanggah dengan ajaran Allah SWT.
Sementara perkataan berkat hanya ada dalam Islam sahaja. Dalam ilmu ekonomi Barat tidak ada perkataan berkat. Begitu juga semua sistem atau teori Barat termasuk kapitalisme, liberalisme, nasionalisme, sosialisme, komunisme, dan sebagainya tidak ada persoalan yang berkaitan dengan keberkatan. Apa yang ada ialah persoalan kekayaan, kesenangan dan kemajuan.


Berkat bermakna sekiranya kita kaya, kita menjadi baik dengan kekayaan yang diperolehi. Rezeki yang sedikit membawa kebaikan yang banyak.
Berkat yang dikurniakan oleh Allah apabila seseorang itu beriman dan bertakwa. Ini perkara yang dijanjikan oleh Allah.


Tetapi Allah Taala nyatakan dalam firman-Nya yang bermaksud: "Telah zahir keburukan di darat dan di laut hasil dari kerja yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia supaya dirasakan kepada mereka sebahagian daripada apa yang mereka kerjakan mudah-mudahan mereka kembali kepada Allah." (Suratur Rum: 41)

Senang pada zahirnya tetapi susah pada hakikatnya. Antara lain ialah duit banyak tetapi tidak tahu bagaimanakah cara menggunakannya.
Wang yang digunakan untuk membuat sesuatu, tidak memberi faedah dan tidak mendatangkan pahala serta kebaikan daripada Allah SWT.

Ini adalah janji dari Allah untuk mengurniakan rezeki kepada orang Yahudi. Wahai orang Yahudi, wahai ahlil kitab, masuk Islamlah kamu. Kamu tegakkan Taurat dan Injil, nescaya kamu selamat.

Ramai di kalangan pendita-pendita Yahudi takut masuk Islam. Mereka menyangka Jika masuk Islam mereka akan bertukar perwatakan, yang menjadi pemimpin tidak lagi menjadi pemimpin, dan yang kaya menjadi miskin.

Mereka nampak dunia semata-mata tetapi mereka tidak nampak apakah kebaikan yang akan diperolehi di hari akhirat kelak.

Rasulullah s.a.w. menyatakan kepada orang yang beriman dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hatim bahawa suatu hari Nabi s.a.w. telah bersabda yang bermaksud; "Hampirlah ilmu itu dihilangkan oleh Allah."

Dalam hadis yang lain diriwayatkan bahawa makna menghilangkan ilmu itu ialah dimatikan ahli-ahli ilmu (para ulama). Sementara orang Islam tidak beramal dengan ilmu.
Akibat itu ilmu menjadi hilang dan ilmu yang paling pertama hilang ialah ilmu pembahagian harta pesaka yang menjadikan tanda hampirnya kiamat, sehingga tidak ada seorang pun yang mengetahui cara pembahagian harta pusaka mengikut hukum Islam.

Ada perancangan di peringkat antarabangsa untuk menghapuskan sistem pembahagian pusaka menurut Islam kerana mendakwa kononnya Islam tidak berlaku adil terhadap lelaki dan perempuan dalam pembahagian pusaka.

Akhirnya perancangan itu akan berjaya sekiranya orang Islam tidak mempertahankan hukum Islam. Bila para ulama membisu seribu bahasa, tidak berani menegakkan yang hak, akhirnya Allah Taala menghilangkan ilmu dengan mematikan ulama.

Apabila Nabi s.a.w. mengatakan hampirlah diangkat ilmu, lalu seorang sahabat yang bernama Ziad bin Labit berkata, "wahai Rasulullah, bagaimana diangkatkan ilmu pada hal kami membaca al-Quran dan kami mengajarkannya kepada anak-anak kami."
Dalam satu riwayat yang lain, "kami ajar kepada anak-anak kami, anak-anak kami pula mengajar kepada cucu-cucu kami, cucu-cucu kami mengajar kepada cicit-cicit kami, mana boleh diangkatkan ilmu."
Nabi menjawab dengan sabdanya yang bermaksud; "Apakah engkau ni wahai Ibnu Labit, sesungguhnya aku berpendapat engkaulah orang yang paling faham di kalangan penduduk Madinah. Tetapi di dalam perkara ini kamu tidak memahaminya."
"Tidakkah, Taurat dan Injil berada di tangan orang-orang Yahudi dan Nasara? Taurat dan Injil tidak boleh berbuat apa-apa kepada mereka itu kerana mereka meninggalkan perintah Allah. Allah berfirman yang bemaksud; "kalaulah sekiranya mereka itu menegakkan Taurat dan Injil dan apa yang diturunkan kepada mereka daripada Tuhan mereka (al-Quran) nescaya mereka itu boleh makan rezeki dari atas mereka dan dari bawah kaki mereka. Di kalangan mereka itu ada golongan yang sederhana dan kebanyakan mereka itu alangkah buruknya apa yang mereka lakukan." (Surah al-Maidah:66) - lanh

Monday, April 23, 2007

MUSLIMAH SRIKANDI UMMAH


MUSLIMAH SRIKANDI UMMAAH

Sesungguhnya wanita merupakan kehormatan bagi ummah,jika mereka cedera maka seluruh ummah akan merasainya
(Mustafa Ramadhan)

wahai muslimah!!

Telah Sekian lama Kita menyusuri hidup tanpa pimpinan nilai-nilai islam,telah sekian lama kita berada di atas garisan yang tidak selari dengan islam,telah sekian lama kita membiarkan Al-Quran di selaputi debu tanpa di terokai.............Maka selama itulah kita menumpng kekuatan pada nilai hidup sistem yang lain yang jauh menyimpang dari fitrah manusia,namun kita terus tersenyum bodoh walaupun diperalatkan serobek-robek islam yang haq

Wahai Muslimah!!!

Mahukah kita terus menjadi buih,yang cantik berkilau namun hancur hanya dengan sentuhan halus tiupan bayu,@ mahukah kita diperalatkan seperti patung yang dihias dengan pelbagi fesyen untuk menarik minat pengunjung-pengunjungnya?Klau itulah yang di katkan muslimah maka alngkah ruginya islam,alangkah ruginya ummah yang memiliki kita dan alangkah ruginya generasi yang bakal di lahirkan nanti. Lantaran itu letaklah kita di posisi yang sentiasa berguna sebagai seorang anak,saudara seislam'isteri.ibu,pelajar dan ahli masyarakat yang soleha.Lontarkanlah jauh-jauh dari lubuk hati kita perasan yang tidak menentu,kerana sesungguhnya kebangkitan islam bukan hanya menjadi fenomena yang di tonton dengan asyiknya tetapi mestilah di dokongi bersama.
wahai Muslimah !!

Kita Sebenarnya telah Lupa bahawa kita telah tercucir "kesungguhana" ketika berhadapan dengan keganasan dan ancaman jahiliah.Apakah kita tidak mungkin menjadi ASMA yang mendidik dan memupuk anaknya Abdullah Bin Zubair agar tidak takut pada sesipa melaikan ALLAG.@ tiadkia kah kita ingin menjadi AISYAH gedung ilmu dan suumber rujukan masyarakat islam pada masa itu,@ tidakak kita mahu Menjadi UMMU SULAIM yang tenang mengkhabarkan berita kematian puteranya kepada suami tercinta..


YA ALLAH...............KURNIAKAN KAMI KEKUATAN ,KETENANGAN,KEMUDAHAN SEMANGAT DAN KESUNGGUHAN YANG LUAR BIASA UNTUK MENDAMBA KASIH MU,MENJADI KHALIFAH DI MUKA BUMI MU,MENDALAMI ILMU DAN RAHSIAMU,SERTA HIASILAH KAMI DENGAN QUDWAH UMMUL MUKMININ,KETABAHABN MARYAM,KESUNGGUHAN RABIATUK ADAWIYAH DAN KECERDIKAN ZUBAIDAH.........DALAM MEREALISASIKAN TANGGUNGJAWAB DAKWAH MU...AMIN

Sunday, April 8, 2007

TATAPAN MUSLIMAH


Tatapan Muslimah

Tidak pernahkan ada impian terlukis indah mewarnai hidupmu menjadi muslimah kebanggaan menjadi penggerak dalam perjuangan sedangkan Fatimah berbahgia di syurga kau generasi bakal menggoncang dunia yakinilah...
Apakah kau masih diulit mimpi menjauhkan diri dari titah Ilahi menjadi serikandi harapan pertiwi menjadi penyeri nirwana duniawi tanpa sumbanganmu ummah membeku untukmu muslimah kami hamparkan hirisan doa...



Demi cinta demi cita-cita kau pikul amanah suci tabahkan hatimu curahkan baktimu natijahnya nanti kau miliki di taman abadi indah berseri kan temui... Muslimah harapan punyai wawasan muslimah sejati pekertinya tinggi gandingan bersama kami pohonkan didik generasi yang diidamkan hadapilah...


Muslimah harapan punyai wawasan muslimah sejati pekertinya tinggi di antara bintang kau bagai kejora menerangi malam menyimbah ke bumi Untukmu muslimah inilah seruan kau pikul amanah suci tekadkanlah hati demi cita-cita kau pikul amanah suci Suburnya Kasih sejati





Saturday, April 7, 2007




MUSLIMAH SEJATI ,WANITA DIKASIHI, WANITA SOLEHAH .




MUSLIMAH SEJATI

Muslimah sejati akan menghiasi keperibadiannya dengan budi pekerti yang luhur dan keimanan yang murni. Fitrah kasih sayang tersimpan dalam perasaannya yang halus sehingga membuahkan kelembutan dan kehalusan perasaan insaniah. Jika sentiasa dijaga dengan didikan syariah, mereka akan menghiasi taman syurgawi di akhirat nanti. Alangkah indahnya dunia ini jika dihiasi muslimah solehah yang berpegang teguh dengan ajaran Islam dan menghiasi bibirnya dengan perkataan yang mulia dan berzikir. Hatinya tunduk dan patuh dengan perintah Allah dan menjalankan kewajipan insani sesuai dengan ketentuanNya. Muslimah sejati bagaikan bunga yang mekar menguntum menceriakan suasana dan taman-taman. Personaliti wanita idaman bagaikan kiambang bertaut setelah biduk berlalu. Betapapun cabaran dan dugaan yang mesti ditempuh, namun kebulatan tekad menyatukan kembali hasrat kebenaran di dalam nurani. Ketaatannya menyejukkan kalbu, bagaikan titisan embun di pagi yang dingin sehingga menjadi suri teladan generasi yang akan datang. Perhatian Islam terhadap wanita tidak sekadar melepaskannya dari lembah bernoda menuju kedudukan yang mulia. Namun lebih daripada itu, wanita diberikan keistimewaan dalam merealisasikan fantasi dan impiannya. Anugerah keringanan dan keistimewaan itu memberikan keselesaan kepada wanita dalam menjalani tugas dan tanggungjawabnya.
WANITA YANG DIKASIHI

Wanita bagaikan permata yang lama terkubur di lembah kejahilan. Kehidupannya kembali mewangi ibarat sekuntum bunga yang mekar setelah disinari cahaya oleh insan yang berbudi luhur. Rasulullah telah mengangkat darjat wanita ke tahap yang paling tinggi, sehingga pengorbanan wanita selalu dikenang oleh setiap insan, kelembutannya menyejukkan hati bila memandang. Tiada seorang wanita pun yang ingin diseksa dengan penuh kehinaan lantaran dosa yang dikerjakan. Namun ramai wanita yang suka mendedahkan aurat, melakukan dosa-dosa lain yang menyebabkan ia menjadi penghuni neraka. Hanya wanita yang memahami hakikat kewanitaannya akan menghargai dirinya sendiri dan membimbing dirinya ke jalan yang diredhai Allah.
WANITA SOLEHAH

Wanita solehah merupakan calon penghuni syurga, menjadi dambaan insan yang beriman bagaikan teratai mekar di tasik madu. Keindahan akhlaknya memancarkan keluhuran nurani, menyejukkan hati dan penyeri budi pekerti. Ucapannya menepis fitnah dan kemungkaran, membuahkan hikmah umpama senandung rindu syair keinsafan. Setiap nasihat dan wasiat yang disampaikan Rasulullah menjadi pelita dalam kehidupan seorang wanita solehah. Buaian nafsu dan kenikmatan dunia bagaikan biasan cahaya yang tidak meninggalkan bekas dalam sanubarinya. Kezuhudannya tersimpan rapi dalam mahligai impian untuk dinikmati dalam taman-taman syurgawi. Semoga menjadi pedoman wanita yang ingin menjadi remaja cemerlang, isteri solehah, dan ibu yang penyayang, insya Allah. Jln capai takwa mujahadah(lawan nafsu),jaga k'bersihan hati(jgn mkn byk,m'baca al-quran)dan bersih kan hati dari nafsu.

MUSLIMAH SEJATIE,AGEN PERUBAH MASYARAKAT