Hari Ini :

Muhammad Photo Album.Ahlan ila Muhammad Fawwaz El-Afif Site

Friday, August 8, 2008

Kenali Tokoh.Syeikh Abdullah Azzam

Orang yang Paling Bertanggung Jawab Terhadap bangkitnya Jihad di Abad 20)

Abdullah Azzam dilahirkan di sebuah kampung di Utara Palestin yang dikenali sebagai Selat al-Harithia di daerah Genine pada tahun 1941. Bapanya bernama Mustaffa yang meninggal dunia setahun selepas pembunuhan anaknya. Ibunya pula bernama Zakia Saleh yang meninggal dunia setahun sebelum Sheikh Abdullah Azzam dibunuh. Ibunya dikebumikan di kem Pabi.
Beliau dari keluarga yang baik latar-belakang keagamaannya. Keluarga beliau gembira mempunyai anak lelaki,
Abdullah Yusuf Azzam, yang istimewa di kalangan kanak-kanak lain dan mula menyebarkan dakwah pada usia yang muda. Rakan-rakan beliau mengenali beliau sebagai seorang yang warak. Beliau menunjukkan tanda-tanda kecemerlangan pada usia muda. Guru-guru beliau melihat keistimewaan ini sejak beliau di bangku sekolah lagi. Beliau menyertai al-Ikhwan-ul-Muslimin sebelum mencapai usia baligh

Sheikh Abdullah Azzam telah dikenali kerana ketabahan dan sifat beliau yang serius sejak beliau masih kecil lagi. Beliau menerima pendidikan awal peringkat
sekolah rendah dan menengah di kampung beliau sebelum menyambung pelajaran beliau di Kolej Pertanian Khadorri sehingga ke peringkat Diploma. Walaupun beliau merupakan pelajar termuda di kalangan rakan-rakan beliau, beliau merupakan yang paling pandai dan bijak. Setelah menamatkan pengajian di Kolej Khadorri beliau bekerja sebagai seorang guru di sebuah kampung bernama Adder di Selatan Jordan. Kemudian beliau menyambung pengajian di Kolej Shariah di Universiti Damascus sehingga memperolehi Ijazah B.A. dalam Shariah pada 1966. Selepas pihak Yahudi menawan Tebing Barat pada tahun 1967, Sheikh Abdullah Azzam berhijrah ke Jordan, kerana beliau tidak mahu tinggal di bawah penjajahan Yahudi di Palestin. Pengalaman melihat kereta-kereta kebal Israel bergerak masuk ke Tebing Barat tanpa apa-apa tentangan meningkatkan azam beliau untuk berhijrah bagi mendapatkan kemahiran yang diperlukan untuk berperang.

Pada lewat 1960-an beliau menyertai Jihad menentang penjajahan Israel di Palestin dari Jordan. Pada ketika itu juga beliau menerima Ijazah Masters di dalam bidang Shariah dari Unversiti al-Azhar. Pada tahun 1970 sesudah Jihad terhenti kerana kekuatan PLO dipaksa keluar dari Jordan, beliau menjadi seorang pensyarah di Universiti Jordanian di Amman. Pada tahun 1971 beliau dianugerahkan biasiswa ke Universiti al-Azhar di Kaherah di mana beliau memperolehi Ijazah Kedoktoran di dalam bidang Ussul al-Fiqh pada 1973. Ketika di Mesir beliau telah berkenalan dengan keluarga
Syed Qutb.

Pada tahun 1979 beliau meniggalkan universiti tersebut lantas berpindah ke Pakistan untuk hampir dengan Jihad di Afghanistan. Di sana juga beliau mengenali pemimpin-pemimpin Jihad. Semasa mula-mula tiba ti Pakistan beliau telah dilantik sebagai pensyarah di
Universiti Islam Antarabangsa di Islamabad. Selepas beberapa ketika beliau mengambil keputusan untuk berhenti dari tugas universiti untuk menumpukan keseluruhan masa dan tenaga beliau kepada Jihad di Afghanistan.

Abdullah Azzam sangat banyak dipengaruhi oleh Jihad di Afghanistan dan Jihad di Afghanistan juga sangat banyak dipengaruhi oleh beliau sejak beliau menumpukan seluruh masa beliau untuk Jihad. Beliau menjadi seorang yang disegani di arena Jihad Afghanistan disamping para pemimpin Afghan sendiri. Beliau menumpahkan seluruh
daya usaha untuk menyebarkan dan memahamkan Jihad di Afghanistan ke seluruh dunia, terutamanya melalui Ummah Islam. Beliau mengubah pandangan umat Islam tentang Jihad di Afghanistan dan menyedarkan bahawa Jihad adalah tuntutan Islam yang dipertanggung-jawabkab pada semua umat Islam di seluruh dunia. Berkat hasil usaha beliau, Allah menjadikan Jihad Afghan satu Jihad universal yang disertai oleh umat Islam dari serata pelosok dunia.

Jihad di Afghanistan telah menjadikan Abdullah Azzam tunggak pergerakan Jihad zaman ini. Melalui usaha beliau menyertai Jihad ini, menyebarkan dan memahamkan Jihad ini, membuang halangan-halangan pada Jihad ini, beliau berperanan penting dalam mengubah pemikiran umat Islam tentang Jihad dan keperluan Ummah ini pada Jihad. Beliau menjadi idola generasi muda yang menyahut seruan Jihad. Beliau sangat menghargai Jihad dan keperluan Ummah ini pada Jihad. Pernah beliau berkata, 'Aku rasa seperti baru berusia 9 tahun, 7 setengah tahun di Jihad Afghan, 1 setengah tahun di Jihad Palestin dan tahun-tahun yang selebihnya tidak bernilai apa-apa.

Beliau juga melatih keluarga beliau dengan kefahaman dan semangat yang sama.
Isteri beliau contohnya, terlibat dengan penjagaan anak-anak yatim dan lain-lain kerja kebajikan di Afghanistan. Beliau sendiri menolak jawatan pensyarah dari beberapa buah universiti sambil berikrar bahawa beliau tidak akan meninggalkan Jihad sehingga beliau gugur Shahid. Beliau juga selalu mengatakan bahawa matlamat utama beliau adalah untuk membebaskan Palestin. Tentu sekali komitmen yang sebegitu tinggi pada Islam menimbulkan keresahan di kalangan musuh-musuh agama ini. Mereka bersekongkol untuk membunuh beliau. Pada tahun 1989, sebuah periuk-api anti kereta-kebal diletakkan di bawah mimbar yang beliau gunakan untuk menyampaikan khutbah Jumaat. Bahan letupan tersebut adalah sangat merbahaya dan sekira meletup akan memusnahkan masjid tersebut bersama-sama dengan segala-gala benda dan para jemaah di dalamnya. Tetapi dengan perlindungan Allah, periuk-api tersebut tidak meletup dan ratusan orang Islam terselamat.

Musuh-musuh Islam ini terus berusaha; Pada hari Jumaat, 24 November 1989 di Peshawar, Pakistan, mereka telah menanam tiga buah bom di sebatang jalan yang sempit. Beliau meletak kereta di kedudukan bom pertama dan kemudian berjalan ke masjid untuk bersolat Jumaat. Beliau telah dibunuh bersama-sama dengan dua orang anak lelakinya, Muhammad dan Ibrahim, beserta dengan anak lelaki al-marhum Sheikh Tamim Adnani (seorang lagi perwira di Afghan) dengan 20kg TNT (Dinamit) yang diletupkan dengan alat kawalan jauh. Selepas letupan yang kuat itu itu orang ramai keluar beramai-ramai dari masjid dan kelihatanlah satu keadaan yang mengerikan. Hanya bahagian kecil dari kereta tersebut yang kelihatan. Anak beliau, Ibrahim, melambung 100 meter; begitu juga dengan dua orang anak-anak lagi. Cebisan mayat mereka berteraburan di atas pokok-pokok dan wayar-wayar elektrik. Sheikh Abdullah Azzam pula, tubuh beliau dijumpai bersandar pada sebuah tembok, dalam keadaan sempurna dan tiada luka atau kecederaan walau sedikitpun melainkan sedikit darah yang mengalir dari bibir beliau. Begitulah tamatnya kehidupan seorang
Mujahid di dunia ini dan insha-Allah menyambung pula kehidupannya di sisi Allah.
Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Shuhada Pabi di mana beliau menyertai ribuan para Shuhada

Tuesday, August 5, 2008

Hiburan Mendidik Jiwa

Taqwa

16 Tanda Ego.Adakah kita tergolong di dalam nya.Koreksi Bersama


Sedikit sangat orang yang memiliki sifat ego, yang dia menyedari bahawa dirinya memiliki sifat keji tersebut. Natijah tidak menyedari adanya ego itulah maka tercetus berbagai perselisihan dan sengketa di dalam masyarakat.

Ini berpunca kerana masing-masing diri dengan sifat ego tersebut bertembung dengan orang lain yang juga memiliki sifat yang sama. Dalam Keadaan mereka sama-sama pula tidak menyedari memiliki sifat ego. Di antara ciri-ciri ego itu adalah seperti berikut :-

1. Menolak Tuhan. Inilah peringkat paling tinggi keegoan manusia. Tidak mahu mengakui akan kewujudan Tuhan ini yang menjadikan mereka berada di dalam kekufuran.

2. Menolak kebenaran. Biarpun terdapat golongan yang mengakui kewujudan Tuhan namun merek
a yang salah faham akan keliru tentang Tuhan turut meletakkan diri mereka di dalam kekufuran. Turut berada di dalam kategori ini ialah mereka yang menolak kerasulan Nabi Muhammad SAW. Mereka yang seumpama ini boleh jatuh kepada murtad atau kufur. Andainya berpunca dari kejahilan, namun tidak terlepas juga sebagai mereka yang ego tinggi yang dihukumkan sebagai fasik.

3. Golongan ini pula sangat meremehkan dosa pahala dan tidak suka memperkatakannya. Apa sahaja yang dibuat tidak mahu dikaitkan dengan persoalan dosa pahala atau halal haram. Keegoan mereka ini seolah-olah mahu bebas. Tidak mahu adanya sebarang keterikatan dengan hukum Allah SWT. Begitu juga dalam kontek kekuasaan Allah SWT, mereka tidak mahu mengaitkan sesuatu peristiwa atau perkara itu dengan bukti kekuasaan allah SWT yang Maha Kuasa. Sesuatu kejadian sama ada kejayaan, kegagalan mahupun musibah pada mereka lebih nampak kepada sebab atau faktor kejadian tersebut. Dalam soal usaha ikhtiar, mungkin juga boleh diterima sebagai faktor sebab yang terhasilnya sesuatu yang h
akikatnya dengan izin Allah SWT. Apa yang anehnya sebagai memperlihatkan ego adalah bencana alam seperti gempa bumi, banjir, kemarau, jerebu, tanah runtuh yang sifatnya tidak ada campur tangan manusia, pun tidak mahu disandarkan kepada kekuasaan Allah SWT. Lantas dengan cepat mereka mengatakan itu semua adalah lumrah alam atau perkara biasa.

4. Tidak mahu menerima dari orang atau pihak lain. Seolah-olah merasa rendah atau tercabar atau terhina andainya kebenaran itu keluar dari mulut orang lain. Lebih-lebih lagi sekiranya sesuatu yang benar itu datangnya daripada orang bawahannya atau orang yang dianggap status sosialnya lebih rendah.

5. Ego juga dapat dilihat bilamana seringkali menzalimi orang lain apabila seseorang itu memiliki kuasa. Dia akan gunakan kuasa itu bukan sebagai amanah atau tanggungjawab tetapi sebagai peluang untuk menindas atau mendatangkan kesusahan kepada orang lain. Andainya roda pusingan kehidupan menjadikan gilirannya pula berada di bawah atau menjadi pengikut, ketika itu dia akan menjadi orang yang paling sukar untuk taat setia kepada pihak atasannya. Egonya itu membuatkan dia menjadi amat sukar untuk tunduk kepada peraturan dan perintah ketuanya.

6. Sering sahaja bercekak pinggang sebagai gambaran membesar diri. Sifat egonya itu terzahir dalam perbuatan bercekak pinggang biarpun tanpa disedarinya.

7. Payah hendak bertegur sapa kecuali kalau orang lain mendahuluinya. Dia merasakan tidak layak untuk menghormati orang lain seolah-olah orang lain yang patut menghormati dirinya.

8. Isi perbualan atau percakapannya sering saja melebihkan diri biarpun dalam nada tutur kata yang lunak. Apatah lagi bila ada peluang bercakap besar dan lantang.

9. Selalu berwajah serius dan masam. Ditambah pula dengan sikap yang kurang mesra.

10. Sangat memilih kawan terutamanya di kalangan orang yang setaraf sahaja. Kadang-kadang lebih suka berada di tengah-tengah orang yang lebih rendah bukan kerana merendah diri tetapi mengharapkan agar dirinya kelihatan lebih menonjol. Dan begitulah sebaliknya cuba mengelak berkawan dengan orang yang lebih atas kerana tidak mahu kelihatan dirinya rendah.

11. Sangat mudah tercabar oleh kebaikan orang lain. Apatah lagi apabila dicabar maka sangat tidak dapat menguasai emosi. Mudahnya tercabar itu sama ada akan memberi tindak-balas atau terus merajuk dan membawa hati.

12. Mudah menjadi marah terutamanya kalau orang lain yang membuat silap, lebih-lebih lagi kalau kesilapan itu tertimpa ke atas dirinya.

13. Kalau dia terbukti bersalah sangat sukar untuk meminta maaf. Dan apabila orang lain yang bersalah pula sangat sukar memaafkan.

14. Tidak boleh ditegur atau tidak mahu menerima teguran. Teguran boleh menyebabkan dia sakit hati malah timbul dendam terhadap orang yang menegurnya.

15. Sangat suka dipuji malah sentiasa menunggu-nunggu sahaja akan pujian orang kepadanya. Kalau dia mendengar pujian terhadap orang lain di hadapannya maka timbul sakit hati kepada orang yang memuji itu dan sakit hati kepada orang yang dipujinya.

16. Sangat suka berbahas. Dalam perbahasan pula sering meninggikan suara. Berbahas pula bukan hendak mencari kebenaran tetapi hendakkan kemenangan walaupun salah.

Kesan sifat ego ini sangat merbahaya dan dahsyat. Lihat sahajalah Firaun, Namrud dan Hamman, kerana egolah mereka sanggup menderhakai Tuhan. Bahkan sanggup mati di dalam kekufuran. Biarpun berbagai bencana Tuhan datangkan sebagai amaran dan ancaman, semuanya tidak menjadi pengajaran, iktibar dan ingatan. Apalah ertinya mempertahankan "kenikmatan" ego itu sedangkan menanggung seksa dan laknat Allah SWT.