Hari Ini :

Muhammad Photo Album.Ahlan ila Muhammad Fawwaz El-Afif Site

Saturday, January 17, 2009

Bicara Hati,Palestine

Jam menunjukan tepat pukul 12.00 malam,tiba-tiba terdengar bunyi letupan di sana sini.Dan kedengaran seperti bunyi tembakan, sangat dekat bunyi nyi nya seolah-olah dating dari sekitar rumah kami,hati rasa tidak tenang dan jantung berdegup kencang seperti di kejar.Allahu Akbar apakah bunyi tu!!datang dari mana bunyi tu?persoalan terus bermain di benak pemikiran.Hati terus bermonolong bersendirian,jantungku masih lagi berdegup kencang.Ya Allah adakah aku juga akan di uji seperti mana saudara ku diasana.Aku terus kan persoalan yang bermain di dalam hati kepada suami ku.suami ku dengan nada bergurau mengatakan itu bunyi bom dan tembakan di Palestine.Allahu Akbar aku sekali lagi merasa tergamam.Adakah bunyi itu akan sampai kesini.

Hampir setengah jam berlalu,namun bunyi tersebut masih lagi kedengaran…ia terus menghantui ku,makin lama makin kuat,bunyi tembakan terdengar di sana sini..Ya Allah hati ku semakin cemas,secemas merasakan bila-bila masa nyawa ku akn melayang.Bunyi tembakan makin kuat.Suami ku yang tadi agak tenang juga agak panic.Bunyi apa tu ye?dia persoalkan kepada ku semula.Mata kami betentangan sama-sama takut dan cemas.berbagai andaian yang di buat supaya hati kami merasa tenang.

Ya Allah hari ni kan tahun baru masihi,itu mesti bunyi mercun.kata suami ku.Allahu Akbar,masa tu hati ku bagai kan hilang segala bebanan,lapang hati ku kembali tenang.Aku lupa yang hari ini tahun baru masihi,kerana sebelum tu kami dah membaca doa untuk tahun hijrah.Biala aku teringat kembali suasana tegang yang aku alami sebentar tadi,hanya Allah je yang tahu hati dan persaan ku,takut,cemas,bagaikan nyawa akan melayang..tapi itulah yang di fikirkan dan kemungkinan tidak sempat di fikirkan oleh oleh umat palatine ketika ini.Ya dihari seluruh manusia menyambut tahun baru.Hati ku terasa marah,marah yang amat sangat.Di saat umat islam di Palestine sedang berhadapan dengan bom dan bunyi tembakan.Umat islam di sini masih lagi meriah meraikan tahun baru.Apakah merka tidak merasa sensitive diatas malang yang menimpa umat islam palestie,saudara seaqiadah,yang nyawa mereka boleh melayang bila-bila masa.


Fikiran ku terus melayang saudara seaqidah dan senegara ku di Malaysia,harapan moga dengan ujian yang Allah turunkan keatas umat islam Palestine memberi sedikit implikasi umat islam di Malaysia.Tapi harapan ku ternyata meleset,berbagai-bagai berita yang buruk aku dengari.. pesta seks,(dikatakan artis dan seoarang pembaca berita di tangkap,seorang yang berpendidikan tp hanyut dengan dunia )kondom dan baju dalam bersepah-sepah di sana sini.di seluruh Malaysia tidak terkecuali..apakah mereka ini tidak hati dan perasaan ke.Bukan Tidak boleh menyambutnya,apakah tidak adakah tidak ada cara islam.Sepatutnya di waktu ini kita solat hajat beramai-ramai di stadium merdeka dan berdoa untuk umat islam di Palestine,kerana doa itu lah senjata mu’min yang paling ampuh. Bukan kah umat islam umpama bagunan yang tersusun,yang sentiasa memerlukan diatara satu sama lain..Allahu Akhbar…ini kah model kerajaan islam Hadhari????.





Umat islam Malaysia terus berpesta dengan bunyi mercun yang beraneka warna,pemuda-pemudi islam terus hanyut.Hatiku terdetik sekiranya Allah uji Malaysia seperti umat islam Palestine,adakah mati kita di kira Syahid.bagi ku jika di Malaysia bukan lagi di katakana ujian,tapi bala,ya bala tanda peringatan Allah ke atas hambanya.Allahu Akbar ampunilah saudara kami di Malaysia,Bantu lah kami untuk memastikan hanya islam lah cara hidup yang sempurna dan bukan barat yang menjadi ikutan..

Kenapa Hamas?

Kenapa hamas persoalan yang lahir dari kotak pemikiran ku..Hasil dari kajian maka ku dapati jawapanya..Di Palestine umat islam sanggup memilih kerajaan Hamas untuk memerintah sekalipun meraka tahu yang mereka mempertaruhkan nyawa mereka dan anak-anak jika memilih Hamas.Tapi ittu lah jihad,itulak keyakinan,itulah ketaqwaan.Kerana Mereka tahu Hanya Hamas yang benar-benar ingin memperthankan Masjidil-Aqsa,mempertahankan maruah umat islam Palestine yang telah di robek.Mereka sesekali tidak redha dengan kepimpinan munafik dan sekularisma.pernah saya membaca artikel,sebenarnya kasut sepatutnya di lemparkan kepada kepimpinan arab dahulu kerana mereka bagaikan duri dalam daging,membunuh sanggup membunuh umat islam saudara mereka sendiri.Sanggup bersengkokol dengan yahudi.Kini saya yakin umat islam Palestine sudah matamg.Cukup lah mereka belajar dari sejarah,yahudi zionis binatang laknatullah ini tidak sesekali akan redha keatas umat islam.Sejarah Shabra dan shatilla pembunuhan umat islam diantara yang terkejam…Hanya Hamas yang benar-benar ikhlas berjuang,mempertahankan umat islam,memuliakn umat islam Palestine,memelihara dan memperthankan Masjidil Aqsa.
Umat Islam Palestine izzah kerana Prinsip Hamas(pada pandangan saya)kerana umat islam Palestine dan saya percaya bahawa hanya ketaqwaan keyakinan dan janji Allah adalah yang mengangkat umat islam palselstine di mata dunia.bagaimana hari ini umat islam satu dunia bangkit(memunjukkan kesatuan Aqidah)apa yang memeranjatkan saya satu dunia tak kira apa bangsa dan aqidah bangkit,termasuk yahudi anti Zionis.
Ini menunjukan kepada Kamu ZIONIS BINATANG LAKNATULLAH mereka benci kan kalian.Allahu Akbar

Kenapa Palestine terus berdarah(khusunya Gaza)


Sejarahnya sangat panjang.Sejarah yahudi sangat buruk,dimana-mana mereka membuat kerosakan.buka lah kitab-kitab sejarah,supaya kita jadi muslim yang celik dengan permasalahan ummat.Dan anda akn dapat jawapanya kenapa Palestine????

Kekadang hati ku terfikir kenapa umat islam Palestine tidak henti dengan ujian sedemikian?persoalam ku terjawab ’Allah sengaja membiarkan palestine terus berdarah kerana Allah ingin hidup kan lubuk mati Syahid”Kata Said ramadhan AlBohti..dan banyak lagi hadis-hadis Allah Muliakan kalian,namun kemulian itu hanya terdapat dengan penggorbanan yang terlalu tinggi..Ya sedikit lega dari segala persolan yang sentiasa bermain di benak pemikiran

Banyak lagi hadis yang menceritakan kenapa Palestine menjadi sasaran dan pilihan Allah,saya masih mencari hadis tersebut,supaya hadis yang kita ambil benar-benar sohih supaya boleh berhujah dan menjadi jawapan pada setiap persoalan.

“Ya Allah sebagaimana kau pernah menghantar tentera ababil keatas tentera bergajah musyrkin,maka kau hantarkah lah juga tentera ababil ke atas tentera zionis binatang laknatullah Allahu Akhbar”

Ini hanya lah sedikit keluhan datang dari bicara hati ku..

Saturday, October 11, 2008

Tahniah buat teman seperjuangan..kini di kau bergelar ummi.




Tahniah buat ukhti marlia saim..teman seperjuangan semasa di bumi anbia

buat ukhti lia tahniah diatas anugerah allah.Jaga dan didik lah ia dengan tarbiah ilahi...

Buat diri mu yang bergelar ibu pasti nya anugerah ini terlalu berharga...Akhirnya penantian selama 9 bulan berakhir..Penantian yang di akhiri dengan kegembiraan

tahnian buat Marlia n Munir.

Renungan Kita Bersama ....Sembahyang Akhir Waktu


Renungan Kita Bersama ....Sembahyang Akhir Waktu

Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea
Jika berpuasa amalan kita direct terus padaNya. Tapi jika bersembahyang
ada posmen pula untuk hantar amalan kita padaNya

Kisahnya....-.
Setiap kita ada malaikat. Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita
pada Ilahi... Untuk sampaikan amalan kita dia melalui tol-tol disetiap
lapisan langit dimana setiap penjaga tol, kroni malaikat juga. Jika
sembahyang di awal waktu, tolnya "free". Sekatan tol tiada. Tiada "jem".
Malaikat terus sampaikan amalan pada Allah untuk dinilaikan. Tapi jika
sembahyang di akhir waktu, tol free juga, tapi sekatannya
MasyaAllah..-.

Di langit pertama, penjaga tol marahkan posmen kita, kenapa lewat
poskan amalan kita. Merayu-rayu malaikat posmen kita minta diberi laluan tetapi
penjaga langit pertama tidak heran. Dicampakkan amalan lewatsembahyang
tadi ke bumi. Maka jatuh berderai, dikutip semula oleh malaikat posmen
kita. Satu persatu dikutip sambil terus merayu untuk kelapisan langit
ke-dua.

Dilangit kedua, samalah juga, membebel la malaikat kerana lewat hantar
amalan.. Merayu lagi kawan kita tetapi tak dipedulikannya lalu
dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi. Jatuh berderai lagi,
dikutip satu persatu amalan kita. Dirayu lagi untuk diserahkan amalan
kita pada Tuhan.

Dilangit ketiga, La, kena basuh lagi malaikat posmen kita. Kenapa lewat
hantar amalan tersebut. Tiada kompromi, terus dibaling amalan kita.
Jatuh berderai amalan kita. Tak ade nilai dan tiada lagi dikutip dan
dirayu lagi.

Maka tak sampailah amalan kita kepada Allah..Seolah-olah
kita tak sembahyang juga. Maka bersedialah kita menerima pembalasannya.
Tak didunia, diakhirat, hilang duit, hati risau, tender ditolak,ujian
bertimpa-timpa. Issh. Tak berbaloi rasanya kita buat amalan tapi tak
sampai. Dahlahtu takde nilai, kena azab lagi nanti.

Ya Allah, ampunkan kami kerana lalai. Sesungguhnya Engkau MahaPengampun
Lagi Maha Penyayang. Jadikan hati kami suka sembahyang di awal waktu.
Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan; biarlah kami gawat di
dunia agar kami tidak gawat lagi dihari akhirat kelak.Amin.
Kepada yg selalu solat zohor hampir dengan waktu asar tu ... emel nie
sesuai utk direnungi .....