Hari Ini :

Muhammad Photo Album.Ahlan ila Muhammad Fawwaz El-Afif Site

Thursday, June 4, 2009

Tahniah dan Terima kasih Ya Allah

Tahniah dan Terima kasih Ya Allah

Mabruk dan tahniah di ucapakan kepada 2 orang madem yang telah selamat melahirkan anak.walaupun sibuk berjihad bertempur di medan imtihan,mereka juga bertempur dengan nyawa untuk melahirkan anak.Alhamdulilah Allah taala memudahakn urusan 2 orang madem tersebut,apatah lagi di saat bertarung dengan nyawa kedua-dua orang suami tercinta kepada 2 orang madem tadi tiada di sisi.Kerana masing-masing berada di furu'masing-masing kerana bertempur di medan imtihan..

Tahniah sekali lagi buat Ustazah Fadilah dan ustaz Salam diatas kelahiran puteri sulung mereka,tak lupa buat u.Dhiha dan Ust Amir diatas kelahiran putera sulung mereka.Semoga anugerah yang di kurniakan pastinya menambah seri dan menambahkan rasa mahabbah diantara suami isteri.Didiklah anak-anak dengan tarbiah ilahi,coraklah mereka dengan didikan islam yang sebenar kerana mereka lah salah satunya peningalan dan bekalan buat kita kita bertemu Allah kelak.

Buat bakal ibu u.Azlina dan Ustaz Musa yang bakal bergelar ibu dan ayah tak lama lagi,begitu juga us zulaikah dan Ustaz Hamdi.mabruk muqaddam kami ucapkan.


Terima kasih Dia atas Anugerah ini.


Alhamdulilah kini usia kandungan berusia awal 4 bulan.Baru-baru ni saya dan suami pergi ke doktor untuk melihat keadaan janin.Saya dan suami tersenyum melihat perkembangan janin.Doktor juga tersenyum,katanya kau lihat bayi kau dia dah bergerak,lihat ini bahagian muka,mulut,ni tulang belakang,kaki dan juga tangan.ketika itu saya dan suami hanya tersenyum dan gembira bagaikan tak percaya ,diatas nikmat anugerah yang sangat bernilai.Akhirnya bayi ku telah membentuk embrio Alhamdulilah Ya Allah.

Awal 3 bulan yang kulalui sangat berhati-hati dan penuh rasa kebimbangan,apatah lagi bila mendengar 2 orang sahabat yang di jangka bulan bersalin sama,akhirnya akur dengan kehendak qadha dan qadar Allah.Kerana Allah hanya meminjam kan nya sementara.Takut dan bimbang sentiasa saya rasai,saya cuba menjaga dan mendengar nasihat doktor.saya pegang betul-betul nasihat doktor dan berusaha untuk menjaga anugerah ini.Dan saya sentiasa berusha untuk memastikan yang saya menjaga anugerah nya sebaik-baiknya.Jika di takdirkan Allah juga meminjamkan sementara anugerah ini,saya rasa telah berusha menjaga dengan sebaiknya.Dan jika Allah persoalkan,saya telah berusuha untuk menjaga nya setelah berusaha,berdoa dan tawakal segalanya terserah kepada perancangan Allah.


Allah menguji hambanya mengikut kemampuan.




"Tahniah awak hamil 3 minggu " kata doktor,saya dan suami tersenyum gembira.Ya Allah akhirnya kau makbulkan doa kami itu lah rintihan yan saya mampu ungkapkan bila mendapat kepastian sendiri dari doktor.

Mengimbas kembali detik sebelum mendengar khabar gembira.1 tahun kami menunggu anugerah ini,namun tiada sebarang tanda.Perasaan ingin menjadi ibu sentiasa memberontak.Bukan tidak redha dengan ujian tapi itu lah naluri bila seseorang bergelar isteri,pastinya ia juga ingin bergelar ibu.Setiapa bulan yang di lalui memang sangat menuntun perasaan bila jawapanya tetap negatif.Alhamudulilah suami saya banyak memberi sokongan dan support moral supaya bersabar dan yakin bahawa Allah sedang menguji kita,dan Allah ingin lihat sejauh mana kesungguhan kita.Adakah kita hambanya yang sering berputus asa @ sebaliknya.Ya sebagai wanita dan isteri sentiasa memerlukan sokongan dari suami,walaupun sedih tetapi ia sedikit terubat.Kerana itulah hikmah perkahwinan,saling lengkap –melengkapi dan sentiasa bersama si isteri dalam keadaan senang dah susah.Suami ku sentiasa berpesan jangan putus doa dan harap.kita kena sentiasa positif terhadap Allah kerana dia lebih tahu kemampuan kita,dan kadang-kadang Allah nak beri kita sesuatu yang lebih besar.
Ia saya bagaikan kan tak percaya,bila masuk awal march perasaan saya mula redha dengan ujian ini,jika Allah kurniakan zuriat lambat @cepat,sebab saya yakin allah akan kurniakan anugerah ini satu masa nanti.Bukan tidak rehda sebelum ini,tapi perasan ini tak mampu saya bendung,kerana kadang-kadang melihat baju kanak-kanak persaan jadi sebak.Ya Allah ampunkan aku jika perasaan ini merupakan kemurkaan mu.


9/3 genap usia ulangtahun perkahwinan kami setahun,walaupun berlalu tanpa khabar berita saya pasrah dengan ujian ini,kerana saya yakin Allah tidak akan menguji hambanya di luar kemampuan nya.Itulah Azimat yang saya pegang kerana ia telah termaktub di dalam Al-quraan surah Al-Baqarah.Namun memang benar kita merancang tapi Allah jua lah sebaik perancangan.Akhirnya penantian ku berakhir dengan khabar gembira.Ya Allah genap setahun Allah kurniakan anugerah ini,sama dengan bulan ulang tahun perkahwinan pertama kami.Ya allah rupanya ini berita gembira yang ingin kau beritahukan kepada kami,Terima kasih Ya Allah di atas anugerah ini.Buat suami ku,inilah hadiah ulangtahun kita yang pertama.Allah berikan kita hadiah yang sangat-sangat bernilai masyallah.
Memang benar'sabar itu sebahagian dari Iman"

Belajar dan terus belajar,mengejar destinasi cinta,mendamba cinta ilahii
eluqaialh.

3 comments:

MOHAMAD FAIRUZ BIN TAMJIS said...

My love, I am with you everytime. May Allah bless us all the time. Sorry abang balik lewat. Esok baru dapat balik. Dokan tau. Take care the baby. wslm

hAs's said...

oowh how sweet..
~ngee

mabruk alaik tuk kakak..
mg jaga kesihatan slalu=)
ni student medic alex,ustaz fairuz da 2kali bg talk kat kami..bila turn akak plak nak bagi talk tuk akhawat eh?hehe

nway,teruskan menulis,,
nice blog,
kip gud work!

maria_uzqan said...

To Mohammad fairuz
Thanks For coming n support Moral

To Norhasmahsalleh

Thanks for coming my blog.

Insyallah ada masa n rezeki,kita berjumpa.untuk berbincang dan berkongsi ilmu.


belaja dan terus belaja..